* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 4 September 2013

Pemantauan Perkhidmatan Swasta Pengawal Keselamatan Sekolah

Reaksi :  
SEGERA

Assalamu a'alikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah bertanggungjawab memantau dan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan oleh Syarikat Pengawal Keselamatan Sekolah yang telah dilantik mengikut spesifikasi kontrak berkenaan.

Sehubungan itu, Pengetua atau Guru Besar sekolah dikehendaki menyediakan Jadual Pemantauan dan Buku Log Pemantauan Perkhidmatan Swasta Pengawal Keselamatan Sekolah seperti format jadual dan instrumen yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Salinan Buku Log Pemantauan tersebut hendaklah dihantar kepada PPD Mersing sebulan sekali. (u.p. Pn. Faridah Abd. Rahman)

Pihak sekolah juga diminta mempamerkan jadual tersebut di Pondok Pengawal Keselamatan Sekolah.

Pemantauan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Harap mendapat perhatian dan tindakan lanjut Tuan/Puan Pengetua dan Guru Besar SMK, SBP, SK, SJK dan SABK.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Jadual_Pemantauan_Keselamatan.docx
Instrumen_Pemantauan_Keselamatan.docx

Solat Hajat Perdana Kecemerlangan UPSR 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Mersing akan mengadakann program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 September 2013 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang (selepas Solat Jumaat)
Tempat : Semua Masjid Jamek dan Mukim Daerah Mersing
Sasaran : Jemaah Masjid dan Warga Pendidikan Mersing

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat hebahan berkenaan perkara di atas kepada semua warga sekolah dan menjemput mereka mengimarahkan lagi program tersebut.

Sekian. Wassalam.

Laporan Pengamalan Dasar Melindungi Masa Instruksional (MMI) Sehingga Ogos 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Johor sedang mengumpul maklumat pengamalan dasar berkenaan di sekolah untuk tindakan seterusnya di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat membuat laporan berkenaan secara atas talian menggunakan format Laporan MMI di One Stop Data JPN seperti berikut :


Pelaporan MMI

Bahagian A - Data Guru Keluar Semasa PdP
Bahagian B - Rumusan Keberadaan Guru
Bahagian C - Rumusan Aktiviti Guru Ganti

Bahagian D1 - Daftar Nama Pengetua/Guru Besar - (Sekali)
Bahagian D2 - Data Keberadaan Pengetua/Guru Besar - (Setiap kali)




Setiap sekolah hendaklah menggunakan Kata Laluan (Kod Sekolah) setiap kali mendaftar masuk ke aplikasi tersebut, selepas membuat pilihan negeri, daerah dan sekolah masing-masing.

Semua laporan berkenaan perlu disiapkan dengan seberapa SEGERA .... 

Lampiran : 
One Sto Data Centre

Bahan Geografi SPM 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Panel Perunding Mata Pelajaran Geografi Negeri Johor telah menghasilkan bahan berkenaan untuk tindakan pihak sekolah.

Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki menggunapakai bahan berkenaan untuk kecemerlangan Geografi SPM di peringkat sekolah masing-masing.


Bahan berkenaan telah dihantar kepada email Pengerusi Panitia Geografi sekolah masing-masing.
Wassalam.

Bengkel Audit Akademik Peperiksaan Percubaan PMR 203

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 September 2013 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Sasaran : Pengetua, GPK1, GKMP SMK, SBP dan SABK

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru yang terlibat ke bengkel berkenaan.

Pihak sekolah juga diminta bersedia dengan dapatan Audit Akademik dan Pelan Intervensi Kecemerlangan PMR 2013 sekolah masing-masing semasa menghadiri bengkel tersebut.
Sekian. Wassalam.