* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 20 September 2013

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS M/P PEND. MORAL TAHUN 4 DAERAH MERSING 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kursus sebut akan dilaksanakan seperti butiran berikut :

Tarikh  
 : 25 Hingga 28 September 2013
Masa   
 : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat :
 PKG Mersing
Subjek  : Pendidikan Moral

Sehubungan itu, Seorang guru pendidikan moral yang akan mengajar subjek tersebut pada tahun 2014 diwajibkan hadir. 
Setiap peserta kursus perlu membawa bersama komputer riba, ‘thumb drive’, Dokumen Standard Kurikulum dan  PrestasiTahun 4 (DSKP) Tahun 4 serta bahan sokongan kursus (boleh dimuat turun dari portal PPD Mersing atau Mersing  Hebat atau dari gmail:kssrmg@gmail.com, password: mersing1), surat panggilan kursus dan satu salinan muka depan buku akaun bank yang masih aktif.


Sekolah yang terlibat:
Sk Labong, SJKC Kg Hubong, SJKC Chiao Ching, SJKC Jemaluang, SJKC Pai Chee, SJK Tamil, SK Tanah Abang, SK Peta, SK Sawah Dato, SK Sri Mersing, SK Kem Iskandar, SK Bandar Mersing.


Lampiran: 


Rabu, 18 September 2013

Seminar Guru-Guru Sejarah Peringkat Negeri Johor 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laiku wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor akan mengadakan seminar berkenaan bagi tujuan memberikan penekanan kepada mata pelajaran Sejarah Wajib Lulus SPM dan fokus peperiksaan mata pelajaran Sejarah khususnya tingkatan lima.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dikehendaki menghantar seorang guru Sejarah Tingkatan 5 bagi menghadiri seminar tersebut :

Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 8.30 pagi (Pendaftaran), 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Seminar, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jalan Tg. Labuh, Batu Pahat.

Panel Perunding MP Sejarah Negeri Johor telah menghasilkan bahan pelajar (CD dan Modul SMART) yang sangat sesuai digunakan oleh guru-guru Sejarah dan pelajar-pelajar SPM 2013. (RM40.00)

Sekian. Wassalam.

Lampiran : seminar_guru_sejarah.pdf

Misi Korban, Akikah Bantuan Pendidikan Kemboja 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor sekali lagi akan menganjurkan program berkenaan pada tahun ini dengan mensasarkan setiap daerah 15 ekor lembu.

Satu bahagian - RM270.00
Pam Air - RM100.00
Bantuan Pendidikan - RM50.00

Borang penyertaan hendaklah diserahkan pada atau sebelum 7 Oktober 2013 dan resit rasmi akan dikeluarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ust. Abd. Ranee Osman, Penyelia Kanan Pendidikan Islam di talian 019-7368245.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat_Korban.pdf
Borang_Korban.pdf

Taklimat Penyelarasan JU MP KSSR dan PBS Tahun 4 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 September 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Bangunan Lama)
Sasaran : Semua JU MP KSSR dan PBS Tahun 4

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kebenaran kepada guru-guru yang terlibat untuk hadir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan.pdf