* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 5 Oktober 2013

Pindaan : Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 (MP Sejarah, BM dan TMK)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 19 Tahun 2013 pada 4 Oktober 2013, Jumaat telah memutuskan bahawa pelaksanaan kursus-kursus berkenaan dipinda seperti berikut :

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP Sejarah
Tarikh : 8 - 11 Oktober 2013 (Selasa - Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama.

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP TMK
Tarikh : 8 - 11 Oktober 2013 (Selasa - Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 : MP BM
Tarikh : 8 - 11 Oktober 2013 (Selasa - Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat :
Bilik Mesyuarat PPD Mersing (8 dan 9 Oktober 2013)
Dewan Al-Azhar, PPD Mersing (10 dan 11 Oktober 2013)

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran seorang guru bagi setiap mata pelajaran yang terlibat ke kursus-kursus berkenaan.
(3 orang setiap sekolah)
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Pindaan
Surat Panggilan Kursus
Jadual Kursus
Khamis, 3 Oktober 2013

Lagi Peringatan : Tarikh Akhir Pengisian Markah Peperiksaan Percubaan SPM 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini pada 26 September 2013 adalah berkaitan dan dirujuk.


Sukacitanya diingatkan bahawa TARIKH AKHIR PENGISIAN MARKAH TERSEBUT ADALAH PADA 4 OKTOBER 2013.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan segera berkenaan perkara di atas.
Wassalam.
Rabu, 2 Oktober 2013

KONVOKESYEN NOVEMBER 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Reaksi :  
Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan pada 18 hingga 22 November 2013 melibatkan graduan bagi Program Pengajian Berkembar Luar Negara iaitu B. Ed. (Hons) - Teaching English As A Second Language (TESL)Bachelor of Arts In  Science Of Language and lnformation Speacialising In Teaching French As A Foreign Language, Program Diploma Perguruan Lepas ljazah (PDPLI/KPLI) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (DPM) lnstitut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Istiadat Konvokesyen IPGM November 2013 akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pendaftaran dan raptai adalah pada 16 dan 17 November (Sabtu dan Ahad). Istiadat konvokesyen akan dijalankan sebanyak 9 sidang.
Bakal graduan boleh melayari Portal Konvokesyen IPG untuk pengesahan kehadiran dan urusan konvokesyen.

MAJLIS PENTAULIAHAN & ANUGERAH RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

Reaksi :  

MUAT TURUN 'ANJAKAN : BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KPM ISU 6'

Reaksi :  


Lampiran : Anjakan Isu 6

MAJLIS SAMBUTAN HARI UNESCO MALAYSIA 2013

Reaksi :  


Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2013 dari 3 - 6 Oktober 2013. Majlis Perasmian Hari UNESCO Malaysia 2013 ini akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan dan Presiden SKUM seperti ketetapan berikut : 
Tarikh   :  3 Oktober 2013 (Khamis)
Masa     :  9.00 pagi
Tempat  :  Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka
Sehubungan dengan itu, semua warga Kementerian dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2013. 
Terima kasih

MAKLUMAN SURAT PALSU BERKAITAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENGKALAN DATA JANM

Reaksi :  
Tuan,

PERHATIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG ARAHAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK MEMBERI SENARAI NAMA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH BAGI TUJUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PANGKALAN DATA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. OLEH YANG DEMIKIAN DIHARAP SEMUA SEKOLAH TIDAK MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN MENYALURKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA INDIVIDU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB YANG MEMINTA MAKLUMAT MENERUSI EMEL SEKOLAH MASING-MASING.
WALAU BAGAIMANAPUN, BAGI SEKOLAH YANG TELAH MENGEMUKAKAN MAKLUMAT TERSEBUT, ADALAH DIPOHON UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS SEGERA BAGI MEMBOLEHKAN SIASATAN LANJUT DIBUAT.

BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Lampiran :
email_palsu.pdf
surat_palsu[1].pdf

SARINGAN 2 BERTULIS LINUS NKRA TAHUN 2013.

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saringan linus bertulis boleh dimulakan mulai esok 3 Oktober 2013.

Rujuk Portal NKRA untuk maklumat lanjut.

Harap maklum.

Lampiran :
http://nkra.moe.gov.my/

KURSUS SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (ESPKWS)

Reaksi :  
Tuan,

KURSUS SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)

2. Bersama-sama ini disertakan surat JPA4006.KEW/400-2/2/4/1JLD6( ) bertarikh 1 Oktober 2013 yang dengan sendiri menjelaskan maksudnya.

Sekian, terima kasih.

Lampiran :
eSPKWS.PDF
Tuan,

Perkara di atas dan keputusan Mesyuarat mingguan JPN Johor bil. 16/2013 (perenggan 4.8.9) pada 10 Mei 2013 adalah dirujuk.

2. Oleh yang demikian, pihak tuan diminta untuk menghantar salinan Penyata Bank Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) yang telah disahkan ke unit kewangan PPD Mersing u.p: En. Ahmad Rosli Bin Jaafar pada atau sebelum 2 Oktober 2013 sebelum jam 2.00 petang.

Sekian, terima kasih.

INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI SPSK SEKOLAH RENDAH 2013

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Surat bertarikh dari PPD Mersing, JPA4006.UJQ/100-16/2/5 ( ) bertarikh 1 Oktober 2013 (PENARAFAN KENDIRI SPSK 2013 – SEKOLAH RENDAH) adalah dirujuk.

Sehubungan itu, mohon pihak sekolah muat turun borang penarafan kendiri yang dilampirkan dan melaksanakan penarafan kendiri. Sila patuhi tarikh penghantaran markah penarafan kendiri ini iaitu pada atau sebelum 11 Oktober 2013 secara softcopy ke alamat email berikut : pegawaikhasmenengah@gmail.com atau m.fakarudin.hussain@moe.gov.my.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fakarudin Bin Hussain di talian 07-7991269.

Sekian, terima kasih.

Lampiran :
Instrumen_Penarafan_Kendiri_SPSK_2013.xls
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan cara dan langkah-langkah untuk mengisi Markah Kriteria Kecemerlangan (KC) bagi urusan kenaikan pangkat untuk semua Gred Lantikan Julai hingga Disember 2005.

3. Mohon kerjasama tuan untuk memasukkan markah KC dan seterusnya membuat perakuan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 7 Oktober 2013.

Sekian terima kasih.

Lampiran : LANGKAH.docx

URUSAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN BAGI PERGERAKAN GAJI TAHUN 2014

Reaksi :  
Bersama-sama ini disertakan surat dan jadual penghantaran LNPT untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

Lampiran : LNPT.PDF

PROGRAM BAGAI AUR DENGAN TEBING (SPM)

Reaksi :  
Adalah diingatkan bahawa program ini akan dijalankan pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).
Terdapat PERUBAHAN LOKASI dari SMK Anjung Batu ke Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Masa pendaftaran dan sarapan pagi ialah 7.30 hingga 8.00 pagi. Surat pindaan ini akan dimasukkan ke dalam peti surat sekolah tuan pada petang ini.

Mohon pembayaran dilakukan secara TUNAI dan diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran.
Sekian, terima kasih.

Pemberitahuan Erata Kandungan Buku Teks

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah., adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks, KPM telah mengesan erata pada buku teks berikut :

1. Physics Form 5.
2. Chemistry Form 5.
3. Kimia Tingkatan 5.

Sila lihat lampiran untuk maklumat lanjut.
Wassalam.

Lampiran :
Surat Siaran BBT.pdf
LAPOR SEGERA: LAPORAN PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN PERBEKALAN CHROMEBOOK DAN VDI THIN CLIENT ( BAGI SEKOLAH2 YANG BELUM AMBIL TINDAKAN )
 
Tindakan       : Pengetua / Guru Besar / Guru Penyelaras ICT ( 12 Sekolah Chromebook Dan 14 Sekolah VDI Thin Client )
Tarikh : 02-10-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat :
Assalamualaikum wbrkth.

Merujuk kepada perkara di atas dan berkaitan dengan hebahan atas perkara yang sama sebelum ini, kerjasama tuan-tuan adalah dipohon untuk menghantar dengan SEGERA laporan tersebut untuk makluman dan tindakan susulan oleh pihak PPD dan JPN.

2. Penghargaan dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telahpun mengambil tindakan ini.

3. Laporan perlulah mengandungi buitran seperti tarikh penghantaran/ penerimaan, pemasangan dan hasil uji-lari, masalah-masalah yang timbul selepas pemasangan dan semasa digunakan, tindakan yang telah diambil dan lain-lain yang berkaitan.

Sekian. Terima Kasih


Link : http://mersinghebat.blogspot.com


TUNTUTAN PERJALANAN: KURSUS LATIHAN FROG VLE FASA 2 ￿ SMSSI 24 DAN 25 SEPT 2013 - HANTAR SEGERA
 
Tindakan      :Pengetua / Guru Besar / Guru-guru Admin Dan JU FROG VLE Yang Berkenaan
Tarikh:02-10-2013
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat: Assalamualaikum wbrkth

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dipohon kepada semua guru-guru yang berkenaan untuk menghantar tuntutan perjalanaan tersebut dengan kadar segera.

2. Semua borang-borang tuntutan perlu dilampirkan bersama-sama dengan salinan buku akaun bank dan surat panggilan kursus.

3. Semua guru-guru yang terlibat digalakkan untuk membuat tuntutan tersebut kerana peruntukan ada disediakan dan mencukupi.

4. Semua borang tuntutan beserta dengan lampiran dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar UP. Pegawai Meja FROG VLE PPD Mersing sebelum atau pada 4 Oktober 2013.

Sekian hebahan.






Berikut adalah petikan dari email pelaporan status penerimaan dan pemasangan perbekalan VDI THIN CLIENT yang telah diterima daripada   Guru Penyelaras ICT SK Tenggaroh 01. Kredit kepada guru berkenaan.


Assalamualaikum Warahmatullah..

Tuan,

Merujuk perkara di atas,berikut adalah maklumat penghantaran dan pemasangan VDI Thin Client SK LKTP Tenggaroh 1;

Tarikh penghantaran peralatan : 09 JULAI 2013

Tarikh pemasangan : 23 JULAI 2013

Masalah berkaitan :

1) Sesetengah pc menjadi 'hang' jika network digunakan oleh ramai user pada satu masa.
2) Terjadi clash display pada sesetengah pc.
3) Ada beberapa pc tidak boleh dilogin terutama pc yang berada side by side.

Pada 30 SEPT 2013, wakil technician daripada BITARA (HQ) datang memantau setelah mendapat banyak aduan daripada pihak sekolah dan pihak JPN sendiri.
Setelah dibuat pemeriksaan ke atas pemasangan VDI Thin Client di SK Tenggaroh 1,dapatannya adalah seperti berikut ;

1) Cabling dalam server salah dipasang,banyak berlaku 'bending cable' yang boleh menyebabkan kerosakan.
2) Switch hub dalam server juga tidak diletak pada para/rak yang sepatutnya.
3) Access Point juga dipasang dengan cara yang salah.

Mengikut technician tersebut,pemasangan yang tidak mengikut cara yang betul tersebut berkemungkinan menyebabkan berlaku error/masalah kpd pc seperti yang dinyatakan sebelum ini.Satu Team Technician akan diarahkan datang semula untuk melakukan kerja pembaikan,namun tidak ditentukan tarikh bila mereka akan datang...

Sekian. 


Mohd Shafudin Bin Hamzah
Guru Penyelaras ICT
SK LKTP Tenggaroh 1










LDP : KURSUS FROG VLE PERINGKAT SEKOLAH 2013

Reaksi :  


LDP : KURSUS FROG VLE PERINGKAT SEKOLAH 2013
 
Tindakan       : Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru Admin FROG VLE Bagi 39 Buah Sekolah Yang Telah Diberi Kursus ADMIN FROG VLE Fasa 2 Baru-baru Ini.
Tarikh : 30-09-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth.

Sukacita dimaklumkan, tuan-tuan adalah diminta untuk mengadakan kursus latihan yang tersebut diperingkat sekolah masing-masing bagi tujuan menyebar-luaskan pengetahuan dan kemahiran FROG VLE dalam kalangan guru-guru serta murid-murid.

2. Guru Admin FROG VLE sekolah dan juga Guru JU FROG yang telah diberikan kursus tersebut baru-baru ini adalah bertindak selaku jurulatih kursus latihan ini diperingkat sekolah kepada semua guru dan murid.

3. Sehubungan dengan itu, tuan dianjurkan untuk melaksanakan latihan tersebut di peringkat sekolah seberapa SEGERA yang boleh agar pembudayaan FROG VLE ini dapat dipraktikkan dengan berkesan dalam kalangan guru dan murid sekolah.

Sekian. Kerjasama tuan untuk mengambil tindakan didahului dengan penghargaan terima kasih.


Link : http://mersinghebat.blogspot.com

Peringatan : Kursus-kursus KSSR dan PBS Tahun 4 Minggu Ini

Reaksi :  
Assalamu a'alaikum wrth dan Salam Mahabbah :

Berikut dimaklumkan pelaksaan kursus-kursus berkenaan seperti berikut :


1.PROGRAM    :KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 4 - MP PENDIDIKAN JASMANI
Tempat:Bilik Wawasan, PPD Lama.
Tarikh:01-Oct-2013 hingga 01-Oct-2013
Masa:08:00:00 hingga 16:30:00
Peserta:41 peserta - Guru-guru MP Pend. Jasmani Tahun 4
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum








2.

PROGRAM    

:

KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 4 - MP : PENDIDIKAN KESIHATAN
Tempat:PKG Bandar Mersing
Tarikh:02-Oct-2013 hingga 05-Oct-2013
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:41 peserta - Guru-guru Yang Mengajar MP Pend. Kesihatan Tahun 4
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum

3.PROGRAM    :KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 4 - MP PENDIDIKAN MATEMATIK
Tempat:Bilik Wawasan, PPD Lama.
Tarikh:02-Oct-2013 hingga 05-Oct-2013
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:41 peserta - Guru-Guru Yang Mengajar Matematik Tahun 4
Urusetia:En. Mohd. Amin A.hamid - Unit: Kurikulum

4.PROGRAM    :KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 4 - MP REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
Tempat:Bilik Seminar, PPD Lama.
Tarikh:02-Oct-2013 hingga 05-Oct-2013
Masa:08:00:00 hingga 17:00:00
Peserta:41 peserta - Guru-guru Yang Mengajar MP RBT Tahun 4
Urusetia:En. Azamani Bin Ghazali - Unit: Kurikulum

























Lampiran : 
Surat Panggilan.pdf
JADUAL_PERLAKSANAAN_KSSR_DAN_PBS_TAHUN_4_2013.pd
DRAF_DSKP_TAHUN_4_2013.pdf
DSKP_PJ_TAHUN_4.pdf
PELAPORAN_DSKP_PJ_TAHUN_4_DAN_AKUATIK.xlsx
PELAPORAN_DSKP_PJ_TAHUN_4_DAN_REKREASI.xlsx

PELAPORAN_STD_PRESTASI_TAHUN_4_KURIKULUM_PENDIDIKAN_KESIHATAN.xlsx
DRAF_DSKP_TAHUN_4_2013.pdf
Bahan KSSR Tahun 4 Matematik
Bahan KSSR Tahun 4 RBT
Bahan KSSR Tahun RBT 2

Taklimat Temuduga SISC+ dan SIP+

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2013 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Konsultasi Akademik.
Sasaran : Calon-Calon SISC+ dan SIP+

Guru-guru yang terlibat :

1. Safina bt Kamarudin (SMK Ungku Husin)
2. Nurani bt Abdullah (SMK Ungku Husin)
3. Azian bt. Abd Rahman (SMK Mersing)
4. Salina bt. Awang (SK Tenglu)
5. Olly Rozita bt Mohamed Zain (SK Sri Mersing)
6. Aziliana bt. Ahmad (SMK Tenggaroh A)


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Wee Kok Cheng, PPPD BM (Men).
Sekian. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 - 5 Oktober 2013 (Rabu - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru-Guru KSSR Tahun 4 (MP Pend. Kesihatan)

Sehubungan dengan itu, Guru Besar sekolah diminta agar dapat mengarahkan seorang guru sekolah tuan yang akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4 pada tahun 2014 untuk menghadiri kursus berkenaan . Kehadiran adalahWAJIB.


SILA BAWA :

1. Komputer Riba
2. Wayar Penyambung
3. Thumb Drive
4. DSKP Tahun 4 (sila muat turun lampiran)

5. Salinan Muka Depan Buku Akaun Bank.6. Lain-lain bahan sokongan.

PESERTA KURSUS PERLU MENCETAK SENDIRI DSKP.

Harap maklum. Sekian terima kasih. Wassalam.

Lampiran :

Surat Panggilan.pdf
JADUAL_PERLAKSANAAN_KSSR_DAN_PBS_TAHUN_4_2013.pd
DRAF_DSKP_TAHUN_4_2013.pdf
PELAPORAN_STD_PRESTASI_TAHUN_4_KURIKULUM_PENDIDIKAN_KESIHATAN.xlsx
DRAF_DSKP_TAHUN_4_2013.pdf