* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 1 November 2013

Taklimat Penyebaran Pelaksanaan DSKP Tahun 4 KSSR 2013

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 November 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang (Pendaftaran - 7.30 pagi)
Tempat : Dewan Kuliah A, Blok G3, Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Sehubungan itu, Guru Besar semua SK, SJK dan SABK adalah diminta hadir ke taklimat tersebut.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Surat Panggilan Guru Besar.pdf
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Disertakan surat arahan bagi urusan penempatan tersebut.  

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta untuk :


I.  Cetak surat melalui laman APDM ( http://apdm.moe.gov.my  : Login sebagai 
    Guru Kelas) bermula 4 November 2013.
II. Mengedarkan Surat Penempatan ke Tingkatan Satu/Peralihan Tahun 2014 
    kepada setiap murid Tahun 6 untuk penempatan ke sekolah menengah pada 
    atau sebelum 14 November 2013.
III.Memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membuat  
    PENGESAHAN penempatan di sekolah menengah berkenaan bermula  
    11 November 2013 hingga 20 November 2013.
IV. Sebarang rayuan pertukaran penempatan adalah dikendalikan oleh 
     sekolah menengah berkenaan.
V.  Pastikan maklumat berhubung urusan pendaftaran di sekolah   
     menengah disertakan bersama surat penempatan tersebut.
VI.Sebarang perkara berbangkit berhubung arahan penempatan,sila berhubung 
    dengan Unit Pengurusan Sekolah PPD Mersing.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 30 Oktober 2013

Solat Hajat Kecemerlangan SPM dan STPM Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 1 November 2013 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang (selepas Solat Jumaat)
Tempat : Semua Masjid Jamek, Mukim dan Kampung daerah Mersing.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sehubungan itu, kami dengan besar hati menjemput semua warga pendidikan Mersing hadir dan turut serta dalam program tersebut.
Komitmen Tuan/Puam adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan akademik daerah Mersing.
Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan Warga PPD Mersing.pdf
Surat kepada pihak sekolah.pdf

Tuntutan Perjalanan Bengkel KBAT Sejarah SPM 2013

Reaksi :  
Kepada
Pengetua SMK, SBP dan SABK Daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Jurulatih Utama dan guru-guru yang hadir menyertai bengkel tersebut pada 28 dan 29 Oktober 2013 di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Sehubungan dengan itu, rakan-rakan guru layak membuat tuntutan perjalanan ke bengkel tersebut mengikut pekeliling perbendaharaan yang berkuat kuasa sekarang. Tuntutan berkenaan hendaklah menggunakan format borang sediada di sekolah masing-masing bersama dengan semua tuntutan perjalanan lain pada bulan Oktober 2013.

Tuntutan yang telah dihantar menggunakan format Tuntutan Kursus JPN Johor adalah diabaikan.

Sebarang kekurangan dan kesilapan teknikal yang berlaku amat dikesali.
Wassalam.