* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 29 April 2014

HEBAHAN RINGKAS TENTANG TUISYEN TAJAAN YPJ DAERAH MERSING 2014

Reaksi :  


HEBAHAN RINGKAS TENTANG TUISYEN TAJAAN YPJ DAERAH MERSING 2014
 
Tindakan       : Pengetua / Guru Besar / Penyelaras Tuisyen YPJ Sekolah-sekolah Daerah Mersing
Tarikh : 29-04-2014
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth.

Sukacita dimaklumkan, secara rasminya Yayasan Pelajaran Johor telah menetapkan beberapa dasar baru dalam bantuan pendidikannya bagi 2014.

1.1Memberhentikan sepenuhnya penajaan Tuisyen Hikmah bagi Tahun 6 UPSR sekolah-sekolah rendah negeri Johor.

1.2Meneruskan tajaan tuisyen hanya bagi Tingkatan 5 SPM dengan penglibatan bersama PIBG sekolah.

2.Bagi tahun 2014, 4 buah sekolah menengah daerah Mersing telah terpilih untuk melaksanakan Tuisyen SPM YPJ iaitu SMSM, SMKM, SMKAB dan SMKUH.

2.1Satu kelas dihadkan hanya kepada 20 pelajar. Sekiranya ada tambahan pelajar yang berminat, satu kelas lain perlu dibuka.

2.2Pemilihan matapelajaran adalah terpulang kepada phak sekolah dan PIBG, tetapi disarankan kelas pertama memberi fokus kepada 4 subjek teras aliran sains.

2.3Setiap kelas mesti menyempurnakan sekurang-kurangnya 40 jam �contact hours� bagi setiap subjek untuk tempoh April hingga Oktober bagi pembayaran elaun kepada guru-guru tenaga pengajar.

0 komen ::

Catat Ulasan