* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
TEKS UCAPAN PERASMIAN
 DATO'  SERI IDRIS BIN JUSOH
 MENTERI PENDIDIKAN II
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DI SEMINAR KEBANGSAAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2014
PADA 1 DISEMBER 2014 (ISNIN) JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
 YBhg Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang
Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
YBhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali
Presiden/Naib Canselor, Open University Malaysia (OUM)
Dif-dif Jemputan
Pegawai-pegawai Tertinggi KPM dan OUM
Para Pembentang Kertas Kerja
Wakil-wakil Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

(PENDAHULUAN)
  1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun pada hari ini sempena perasmian Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.
  2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan penganjuran seminar peringkat kebangsaan ini hasil daripada kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Open University Malaysia.
  3. Pergandingan bahu di antara pihak Kerajaan dengan pihak universiti seperti ini amat diperlukan dalam membangunkan modal insan Malaysia.
 (PSH: EMPLOYMENT-EMPOWERMENT-ENJOYMENT)
  1. Kemajuan negara bergantung kepada ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada rakyatnya. Modal insanbertindak sebagai penggerak kepada pembangunan.
  2. Menurut kepada Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia ke-9,ditegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki.
  3. Cabaran-cabaran seperti perubahan pengetahuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
  4. Dalam hal ini, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) berperanan besar dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan.
  5. Menurut kajian, kepentingan PSH dikenalpasti melalui konsep ‘The Three Es’ iaitu employment (pekerjaan),empowerment (pemerkasaan) dan enjoyment (keseronokan).
  6. Employment. Di Jepun, kesedaran tentang kepentingan PSH menyebabkan tercetus fenomena ‘employability fever’ pada awal tahun 2000. Telah dilaporkan bahawa seorang jurutera Jepun berumur 34 tahun mengumpul lebih 50 sijil kemahiran sebagai ‘job protection’.
  7. Di China, seorang ahli fizik komputer bernama Wang Zhen telah mengikuti lebih 40 program MOOC(Massive Open Online Learning). Beliau telah mengambil kursus dalam Big Data untuk membolehkannya mencari pekerjaan baru mengikut keperluan pasaran semasa.
  8. Empowerment. Pembudayaan PSH memberi peluang kepada rakyat memperkasakan diri. Sebagai contoh, inisiatif Accreditation of Prior Experiential Learning atau APEL membolehkan rakyat melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi dengan menggunakan pengalaman pekerjaan sebagai kelayakan kemasukan. Ini bukan sahaja membolehkan rakyat meningkatkan ilmu, tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupannya dalam jangka masa panjang. 
  9. Enjoyment. Ramai antara kita mencintai ilmu. Ramai juga golongan yang telah pencen dan ingin mencari ilmu dan kemahiran baru untuk kepuasan diri. Kursus-kursus PSH yang ditawarkan di Kolej Komuniti seperti memasak kek kukus (Gula hangus), jahitan kreatif (jahitan tudung 2 lapisan, tudung lycra bertingkat), membuat Powerpoint professional dan sebagainya tersedia untuk dimanfaatkan rakyat. 
  10. Para hadirin yang dihormati, PSH adalah sebahagian daripada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program menjana pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke tertiari, termasuk vokasional.
  11. Menjelang tahun 2020, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah seramai 26.2 juta orang. 
  12. Golongan pekerja inilah yang perlu kita mahirkan melalui PSH.
  13. Sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan jika tidak dipertingkatkan, kita akan terpaksa menerima lebih ramai tenaga mahir dari luar yang sekaligus merencatkan usaha pembangunan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di kalangan rakyat.
  14. Pelaksanaan PSH juga mustahak kerana ia dapat memastikan kesaksamaan sosial dalam struktur masyarakat tanpa mengira tempat. Masyarakat di luar bandar, yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan melalui PSH.
  15. Oleh itu, PSH merupakan wadah terbaik bagi meningkatkan lagi potensi seseorang individu dan Rakyat Malaysia perlu disedarkan tentang penyemaian budaya ilmu yang boleh diterokai tanpa batasan usia, masa, mahupun tempat. 
 (PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT) 
  1. Untuk Makluman hadirin sekalian jua, pelaksanaan PSH telah diperluaskan melalui inisiatif Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) iaitu hasil cetusan idea YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Oktober 2013. 
  2. Beliau telah menyarankan agar PISH ini dijadikan satu dasar utama Negara dan telah melancarkan inisiatif PISH pada 5 April 2014 bertempat di Kolej Komuniti Ledang, Johor.
  3. Kewujudan PISH adalah satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agamademi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan dalam kehidupan.
  4. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam."
  5. PISH menggabungkan konsep Ukhrawi dan Duniawi:
  1. Bagi konsep Ukhrawi, PISH memberikan kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir, pelajar dan komuniti setempat. 
  2. Manakala bagi konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti.
  1. Program PISH dilaksanakan berasaskan Strategi Lautan Biru (BOS), iaitu mengambilkira saranan Kerajaan untuk mengamalkan langkah perbelanjaan berhemah dan perkongsian sumber sedia ada secara optimum.
  2. Sehubungan itu, saya mencadangkan satu Seminar Kebangsaan PISH dianjurkan bersama dengan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti pada tahun hadapan 2015 untuk membincangkan pelaksanaan PISH serta strategi PISH bagi mendekati belia dan rakyat jelata dalam melengkapi diri secara holistik dalam aspek perkembangan kendiri dan kemahiran hidup secara Islam.
(PENUTUP) 
  1. Mesej utama Seminar ini, pada pendapat saya, ialah proses pencarian ilmu patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah.
  2. Justeru, Seminar ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam membudaya dan memperkasakan PSH di kalangan warga Malaysia, khususnya golongan yang sudah berkerjaya.
  3. Saya berkeyakinan Seminar ini yang bertemakan Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Tonggak Ketiga Pembangunan Modal Insanmampu memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga kerja negara.
  4. Sememangnya transformasi ke arah budaya PSH adalah selari dengan dasar Malaysia yang ingin menjadi negara maju dan melahirkan generasi yang berilmu, berkebolehan dan berkemampuan.
  5. Ucapan tahniah dan tahniah dirakamkan kepada para pembentang kertas kerja, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar.
  6. Saya juga mendoakan agar segala usaha murni menjadikan PSH sebagai budaya di kalangan rakyat akan terus cemerlang demi kemakmuran negara.
  7. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014. 
Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.

0 komen ::

Catat Ulasan