* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 11 Januari 2014

Bengkel Peningkatan Akademik UPSR Negeri Johor Tahun 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Januari 2014.
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Semua Guru Besar dan GPK 1 SK, SRAB dan SJK

Sila bawa dokumen Program Peningkatan UPSR 2014 sekolah masing-masing.
Wassalam.

Lampiran : Bengkel_PILL.pdf
Selasa, 7 Januari 2014

Maklumat Guru Bukan Opsyen Mate, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Ting. 1,2 dan 3 Tahun 2014

Reaksi :  
Tindakan : Semua Pengetua Sekolah Menengah

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor sedang mengumpulkan maklumat berkenaan untuk tindakan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seterusnya.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta melengkapkan maklumat tersebut di One Stop Data Center secara atas talian dengan seberapa segera.

 Tarikh Akhir : 15 Januari 2014.

PEMAKLUMAN CUTI GANTI DAN PERISTIWA

Reaksi :  
Assalamualaikum......,

1. Merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan oleh JPNJ pada 26 Disember 2013, 
berlaku kesilapan pada cadangan Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.

2. Sehubungan itu , pihak sekolah tidak perlu lagi menghantar permohonan cuti peristiwa/berganti sehimgga edaran baru dari KPM diterima.

3. Untuk makluman pada 2 Februari 2014 , merupakan cuti umum dan cuti tidak perlu diganti.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Norhimah bt. Ismail di talian 013-3481415

Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL)

Reaksi :  
Berikut disertakan bahan berkenaan untuk panduan dan rujukan pihak sekolah.

Program_Intervensi_Lima_Langkah_PILL_PPL_DTP_2013.pptx
Ahad, 5 Januari 2014

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Bersama-sama ini disertakan Panduan penggunaan Logo baru Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan tuan/puan.
Sekian terima kasih.