* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 24 Januari 2014

Isu Pas Masuk Percuma Sesi Kemasukan Awal Program Diploma IPT

Reaksi :  
Ambil perhatian dan mohon berwaspada!


MAKLUMAN : PERTUKARAN SETARA GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Guru Besar Sukacita dimaklumkan bahawa En. Ahmad Pauzi bin Mamat Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 6,PPP Gred DG34 ditukarkan sebagai Guru Besar SK Pusat Air Tawar , Endau PPP Gred DG34.
Pertukaran ini berkuatkuasa pada 16 Januari 2014.
Sekian terima kasih.
Rabu, 22 Januari 2014

Semakan Semula JKD 2012-2013

Reaksi :  
Assalamu a;laikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, sukacitanya kami merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Kurikulum Daerah mengikut mata pelajaran 2012-2013 yang telah menjalankan tugas dengan baik pada tahun 2013.

Pada tahun 2014, kami mengharapkan agar pihak MPSM dan MGB dapat menyemak semula struktur tersebut dan membuat penyusunan semula mengikut kepakaran masing-masing.

Mohon dibincangkan dalam pertemuan bersama rakan-rakan Pengetua dan Guru Besar.
Keputusan perbincangan hendaklah dihantar kepada kami melalui email akademikmg@gmail.com dengan seberapa segera yang boleh.

Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai.

Wassalam.

Lampiran :
JKD_2013.xls
SM_2013.pdf
SR_2013.pdf
Selasa, 21 Januari 2014

BERITA HARIAN BERTARIKH 28 DISEMBER 2013 - TRANSFORMASI PENDIDIKAN PERKASA MODAL INSAN

Reaksi :  

BANTUAN PERSEKOLAHAN

Reaksi :  
BANTUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2014 TELAH DIKREDITKAN SEPENUHNYA PADA 16 JANUARI 2014. BAGI PERINCIAN PEMBAYARAN, SILA LAYARI PORTAL KPM DI http://www.moe.gov.my .

ANJAKAN ISU #9 : BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KPM

Reaksi :  


Sila muat turun Anjakan Isu #9 di bawah.

Anjakan Isu 9

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS) DI BAWAH SURUHANJAYA PENGANGKUTAN 2014

Reaksi :  
Pelaksanaan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) adalah program Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini memberi skim perlindungan insurans kepada murid sekolah yang menggunakan bas/van sekolah yang berlesen dengan SPAD di seluruh Semenanjung Malaysia dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah dan Sarawak. Sila rujuk panduan lengkap pelaksanaan SIMS(SPAD), senarai skop perlindungan, amaun manfaat dan borang serta kaedah membuat tuntutan adalah seperti dilampirkan.

Lampiran :

Borang Tuntutan SIMS
Garis Panduan Skim Insuran Murid Sekolah
Surat Pelaksanaan SPADS

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2014 KPM

Reaksi :  

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat KPM Tahun 1435H

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Bersama-sama ini disertakan bahan taklimat Pengarah Jabatan Pendidikan Johor bagi Persediaan Awal Tahun Persekolahan 2014 untuk makluman tuan/puan.
Sekian terima kasih.

Muat turun bahan dibawah:-

 RUMUSAN DAPATAN PENAZIRAN TAHUN 2013 (KEPIMPINAN) (Lain-Lain)

PROGRAM PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014

Reaksi :  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tahniah kepada 15 buah sekolah rendah berikut kerana telah dipilih untuk mengikuti Program Penutur Jati Bahasa Inggeris Kohort 2 yang akan dilaksanakan selama 2 tahun bermula tahun 2014 hingga 2015.

Sekolah - sekolah tersebut adalah seperti berikut:

Zon Bandar
1. SK Bandar Mersing
2. SK Air Papan
3. SK Sawah Dato
4. SJKC Jemaluang
5. SJKT Mersing

Zon Endau
1. SK Penyabong
2. SK Tanjung Resang
3. SK Labong
4. SK Lembaga Endau
5. SJKC Kg Hubong

Zon Nitar
1. SK LKTP NItar 1
2. SK LKTP Nitar 2
3. SK Tanah Abang
4. SK Kem Iskandar
5. SR Agama Bersepadu


TAHNIAH..
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Cik Saharazad Mustaffar, PPPD Bahasa Inggeris.
Ahad, 19 Januari 2014

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KPM

Reaksi :  
Salam Sejahtera.

Saya diarah untuk merujuk kepada surat KPM Ruj:KPM.BKP.300-1/12(13) bertarikh 8 Januari 2014 berkaitan perkara seperti tajuk di atas yang juga disertakan dalam lampiran.

Sehubungan dengan itu sila muat turun fail lampiran di bawah serta ambil tindakan yang sewajarnya.


Lampiran : Baju_Koperat.pdf

PINDAAN KEPADA SURAT SIARAN KPM BIL.24 TAHUN 2013

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Bersama-sama ini disertakan surat siaran yang berkenaan. 

2. Pihak sekolah boleh menghantar permohonan Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa ke PPD Mersing (up: Encik Rosli bin Saedon - Unit Pengurusan Sekolah.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Terima kasih.


Lampiran : Surat_Pindaan_Cuti_20140001.PDF