* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 1 Mei 2014

Tinta Hari Guru 2014

Reaksi :  
Tinta Hari Guru
UcapanHARIGURU

Tuan/Puan dipelawa membuat coretan Tinta Hari Guru sempena sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2014.
Selasa, 29 April 2014

HEBAHAN RINGKAS TENTANG TUISYEN TAJAAN YPJ DAERAH MERSING 2014

Reaksi :  


HEBAHAN RINGKAS TENTANG TUISYEN TAJAAN YPJ DAERAH MERSING 2014
 
Tindakan       : Pengetua / Guru Besar / Penyelaras Tuisyen YPJ Sekolah-sekolah Daerah Mersing
Tarikh : 29-04-2014
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamualaikum wbrkth.

Sukacita dimaklumkan, secara rasminya Yayasan Pelajaran Johor telah menetapkan beberapa dasar baru dalam bantuan pendidikannya bagi 2014.

1.1Memberhentikan sepenuhnya penajaan Tuisyen Hikmah bagi Tahun 6 UPSR sekolah-sekolah rendah negeri Johor.

1.2Meneruskan tajaan tuisyen hanya bagi Tingkatan 5 SPM dengan penglibatan bersama PIBG sekolah.

2.Bagi tahun 2014, 4 buah sekolah menengah daerah Mersing telah terpilih untuk melaksanakan Tuisyen SPM YPJ iaitu SMSM, SMKM, SMKAB dan SMKUH.

2.1Satu kelas dihadkan hanya kepada 20 pelajar. Sekiranya ada tambahan pelajar yang berminat, satu kelas lain perlu dibuka.

2.2Pemilihan matapelajaran adalah terpulang kepada phak sekolah dan PIBG, tetapi disarankan kelas pertama memberi fokus kepada 4 subjek teras aliran sains.

2.3Setiap kelas mesti menyempurnakan sekurang-kurangnya 40 jam �contact hours� bagi setiap subjek untuk tempoh April hingga Oktober bagi pembayaran elaun kepada guru-guru tenaga pengajar.
Isnin, 28 April 2014

Bengkel KBAT Pendidikan Moral Sekolah Menengah Negeri Johor

Reaksi :  
Tindakan :
Pengetua
SMKSM
SMKAB
SMKPC
SMKUH
SMKN
MRSM

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitnya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 30 April 2014 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing
Sasaran : Guru-Guru MP Pendidikan Moral Menengah Atas.

Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk memastikan kehadiran guru-guru berkenaan.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Ahad, 27 April 2014

Kajian Impak Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) Tahun 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan kajian impak program tersebut di sekolah-sekolah yang terlibat dengan program berkenaan.

Tahun 2013
SMK Nitar (Bahasa Inggeris)
SMK Anjung Batu (Matematik)

Tahun 2014
SMK Mersing (Sains Matemik)
SMK Tan Sri Abdul Kadir (Sains Matematik)
SK Labung (Bahasa Inggeris)

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah yang terlibat agar dapat mengadakan kajian impak berkenaan dan hantarkan kepada pihak kami sebelum atau pada 7 Mei 2014.
Dapatan kajian berkenaan boleh dihantar ke alamat email akademikmg@gmail.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPD Kurikulum di talian 077996700.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Kajian Impak.pdf
DATA_MP.pdf
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan BPG telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Program Komuniti Pembelajaran (PLC) pada Hotel Amansari Johor Bahru pada 23 hingga 26 Februari 2014.

Sekolah-Sekolah yang terlibat :
1. SK Labung (MP Inggeris)
2. SMK Mersing (MP Matematik)
3. SMK Tan Sri Abdul Kadir (MP Matematik/Sains)

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat merancang, membimbing, melaksanakan dan melaporkan status program tersebut mengikut jadual dan format seperti yang telah dicadangkan.

Lampiran :
SOP_PLC_2014.pdf
Konsep_PLC__edited__22hb_Feb.pdf
Surat Pelaksanaan.pdf
Borang Pemantauan.pdf