* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Adalah dimaklumkan  bahawa  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan peluasan bagi Program Minda Sihat dalm Pembangunan Sahsiah Diri Murid di semua sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program  ini adalah bertujuan  meningkatkan  daya tindak murid dalam pengurusan diri menghadapi stres. 

BAHAN PROGRAM MINDA SIHAT SEKOLAH MENENGAH

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3): JADUAL, FORMAT PENTAKSIRAN DAN INSTRUMEN CONTOH

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa Portal Lembaga Peperiksaan (LP) tidak dapat diakses oleh pengguna buat sementara waktu.
Sehubungan dengan itu, bahan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah (21) dan Geografi (23) boleh dimuat turun melalui pautan di bawah mulai 23 Jun 2014 - 19 Julai 2014.

1ST SYMPOSIUM ON PISA: CRITICAL REVIEW ON THE FINDINGS AND MAPPING THE ACTIONS

Reaksi :  

CAPAIAN KE PORTAL LEMBAGA PEPERIKSAAN

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa Portal Lembaga Peperiksaan (LP) "www.moe.gov.my/lp"  tidak dapat diakses oleh pengguna buat sementara waktu.
Sehubungan itu, pengguna bolehlah membuat capaian sementara ke Portal Lembaga Peperiksaan pada alamatwww.lp.edu.my.

KOLOKIUM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH TERINTANG 2014

Reaksi :  
Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Terintang Kali ke-5 Tahun 2014 akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober 2014. Permohonan dibuka sekarang kepada peserta dan pembentang kertas kerja. Sila layari Laman Web Kolokium Terintang untuk maklumat lanjut. 

MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 KPM

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/programbpg untuk maklumat lanjut dan permohonan secara dalam talian. 


TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) AMBILAN 2014

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan PITO untuk guru sekolah menengah dan rendah bagi tahun 2014. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu meningkatkan kualiti dan kompetensi guru melalui CPD (continuous profesional development).
Maklumat lanjut serta tatacara permohonan boleh diperolehi dengan melayari www.moe.gov.my mulai 16 Jun 2014.
Untuk melihat surat tawaran kursus, sila muat turun dokumen di bawah.
Lampiran : PITO Ambilan 2014

Taklimat Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Sesi 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor akan mengadakan taklimat berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 Jun 2014 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Semarak 1, PPD Kluang

Guru-guru yang terlibat :

1. Pn. Azidah Alias (SMK Sri Mersing)
2. En. Sufian Abu Hasan (SMAAM)

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf