* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 6 Ogos 2014

KEM PECUTAN AKHIR UPSR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING TAHUN 2014

Reaksi :  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

AlHamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:


Tarikh : 12 – 14 Ogos 2014 (Selasa - Khamis)
Tempat : Mersing Beach Resort, Air Papan, Mersing
Masa :
10.00 pagi – Pendaftaran (12 Ogos 2014)
12.00 tengah hari – Kem tamat (14 Ogos 2014)


Sekolah yang terlibat:
SK Sri Mersing
SK Bandar Mersing
SK Mersing Kanan
SK (LKTP) Tenggaroh 05
SK (LKTP) NItar 02
SK Bandar Endau

Sehubungan itu, tuan diminta mengambil tindakan berikut:

- Menghantar murid Tahun 6 mengikut ketetapan agihan peserta – Rujuk lampiran
- Melantik guru pengiring – Rujuk lampiran
- Melengkapkan Borang Penyertaan - Rujuk lampiran.
- Pakaian – sukan sepanjang kem.

Makan minum dan penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Borang pendaftaran peserta hendaklah diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran. Guru tuan juga diminta untuk menepati masa.

Surat makluman dengan nombor rujukan JPA4006.UPA/600-2/2/2 Jilid 3 telah diedarkan ke semua sekolah yang terlibat.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Penolong PPD Bahasa Inggeris atau Pegawai SISC+ Matematik (R) di talian 07-7996715. Kerjasama tuan amat diharapkan dan satu penghormatan kepada kecemerlangan daerah Mersing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sekian, terima kasih.

Lampiran :Kem_UPSR_2014.rar

KEM PECUTAN AKHIR UPSR SEKOLAH-SEKOLAH PEDALAMAN DAERAH MERSING TAHUN 2014

Reaksi :  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

AlHamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 10 – 12 Ogos 2014 (Ahad - Selasa)
Tempat : Mersing Beach Resort, Air Papan, Mersing
Masa : 
10.00 pagi – Pendaftaran (10 Ogos 2014)
12.00 tengah hari – Kem tamat (12 Ogos 2014)


Sekolah yang terlibat:
SK Tanah Abang
SK Peta
SK Labung
SK Tenglu
SK Teluk Lipat
SK Sawah Dato’

Sehubungan itu, tuan diminta mengambil tindakan berikut:

- Menghantar murid Tahun 6 mengikut ketetapan agihan peserta – Rujuk lampiran
- Melantik guru pengiring – Rujuk lampiran
- Melengkapkan Borang Penyertaan - Rujuk lampiran.
- Pakaian – sukan sepanjang kem.

Makan minum dan penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Borang pendaftaran peserta hendaklah diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran. Guru tuan juga diminta untuk menepati masa.

Surat makluman dengan nombor rujukan JPA4006.UPA/600-2/2/2 Jilid 3 telah diedarkan ke semua sekolah yang terlibat.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Penolong PPD Bahasa Inggeris atau Pegawai SISC+ Matematik (R) di talian 07-7996715. Kerjasama tuan amat diharapkan dan satu penghormatan kepada kecemerlangan daerah Mersing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sekian, terima kasih.

Lampiran :Kem_UPSR_2014.rar

PENANGGUHAN BENGKEL PEMANTAPAN KOGNITIF MATEMATIK UPSR DAERAH MERSING 2014

Reaksi :  
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya dan Selamat Sejahtera


Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan hormat dan dukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut yang dijadualkan pada Khamis, 07 Ogos 2014 terpaksa ditangguhkan ke minggu berikutnya khamis,14 Ogos 2014 tanpa melibatkan perubahan tempat dan tentatif. Penangguhan tersebut adalah disebabkan masaalah pertindihan penggunaan premis terbabit dengan jabatan lain yang tidak dapat dielakkan.

Sekian terima kasih, harap maklum, Segala kesulitan amat dikesali.
Selasa, 5 Ogos 2014

Mesyuarat Penyelarasan Program Kembara Sejarah Untuk Peningkatan MP Sejarah SPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Ogos 2014 
Tempat : Pejabat Felda Wilayah Segamat
Masa : 9.00 pagi

Guru yang terlibat :
1. Pengetua SMK Nitar
2. Pengetua SMK Tenggaroh A

Wassalam.
Lampiran : Surat Panggilan.pdf

Bengkel Tudingan Guru Muda Sejarah SPM 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama JKD Sejarah (Menengah) akan mengadakan bengkel tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 6 Ogos 2014 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : "War Room", Aras Bawah Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Seorang guru MP Sejarah Tingkatan Lima dan Empat setiap sekolah menengah.

Sila bawa dokumen dan peralatan berikut :
1. Komputer Riba.
2. Wayar Penyambung Elektrik.
3. Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat dan Lima
4. Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat dan Lima.

Sekian. wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf

Menu Rujukan KSSR

Reaksi :  
Assalamu alikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dipaparkan pautan bahan-bahan rujukan KSSR sebagai peringatan rakan-rakan guru di sekolah rendah .
Tuan/Puan boleh memuat turun bahan berkenaan daripada menu yang disediakan dalam blog ini seperti berikut :

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Ahad, 3 Ogos 2014

Peringatan : KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 5 (KSSR) DAERAH MERSING 2014 - PENDIDIKAN JASMANI

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 5 - 6  Ogos 2014
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama, Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengenalpasti guru-guru berkenaan dan memastikan kehadiran mereka ke kurus tersebut.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan Kursus
Jadual Kursus