* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 2 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H

Reaksi :  
Selasa, 30 Disember 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

Reaksi :  
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015.
Permohonan kemasukan ke A1M kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.
Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:
ASRAMA 1MALAYSIA
NAMA SEKOLAH
A1M Kuala Lumpur
SMK Victoria, Kuala Lumpur
lelaki sahaja
SMK (L) Methodist,  Kuala Lumpur
lelaki sahaja
SMK St John, Kuala Lumpur
lelaki sahaja
SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
lelaki sahaja
A1M Johor
SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
perempuan sahaja
A1M Sabah
Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
lelaki & perempuan
A1M Sarawak
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak
lelaki & perempuan
Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
  1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 4 pada 2015.
     
  2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
     
  3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
     
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
     
  5. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
     
  6. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
     
  7. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja manakala pemohonan ke A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia sahaja.
     
  8. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  1. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan                       
  2. Keputusan UPSR (Bagi permohonan ke Tingkatan 1) Atau Keputusan PT3 2014  (Bagi permohonan ke Tingkatan 4)            
  3. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
  4. Salinan kenyataan/sijil kokurikulum 2014
  5. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
  1. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.
Klik untuk muat turun borang permohonan

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/Asrama-1Malaysia-AH

APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SPM,STPM, STAM TAHUN 2014.

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan markah kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum untuk pelajar SPM,STPM, STAM tahun 2014  boleh dilakukan bermula 15 Disember 2014 sehingga 31 Januari 2015.

Sumber : Portal Rasmi KPM
TEKS UCAPAN PERASMIAN
 DATO'  SERI IDRIS BIN JUSOH
 MENTERI PENDIDIKAN II
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DI SEMINAR KEBANGSAAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2014
PADA 1 DISEMBER 2014 (ISNIN) JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
 YBhg Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang
Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
YBhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali
Presiden/Naib Canselor, Open University Malaysia (OUM)
Dif-dif Jemputan
Pegawai-pegawai Tertinggi KPM dan OUM
Para Pembentang Kertas Kerja
Wakil-wakil Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

(PENDAHULUAN)
  1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun pada hari ini sempena perasmian Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.
  2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan penganjuran seminar peringkat kebangsaan ini hasil daripada kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Open University Malaysia.
  3. Pergandingan bahu di antara pihak Kerajaan dengan pihak universiti seperti ini amat diperlukan dalam membangunkan modal insan Malaysia.
 (PSH: EMPLOYMENT-EMPOWERMENT-ENJOYMENT)
  1. Kemajuan negara bergantung kepada ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada rakyatnya. Modal insanbertindak sebagai penggerak kepada pembangunan.
  2. Menurut kepada Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia ke-9,ditegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki.
  3. Cabaran-cabaran seperti perubahan pengetahuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
  4. Dalam hal ini, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) berperanan besar dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan.
  5. Menurut kajian, kepentingan PSH dikenalpasti melalui konsep ‘The Three Es’ iaitu employment (pekerjaan),empowerment (pemerkasaan) dan enjoyment (keseronokan).
  6. Employment. Di Jepun, kesedaran tentang kepentingan PSH menyebabkan tercetus fenomena ‘employability fever’ pada awal tahun 2000. Telah dilaporkan bahawa seorang jurutera Jepun berumur 34 tahun mengumpul lebih 50 sijil kemahiran sebagai ‘job protection’.
  7. Di China, seorang ahli fizik komputer bernama Wang Zhen telah mengikuti lebih 40 program MOOC(Massive Open Online Learning). Beliau telah mengambil kursus dalam Big Data untuk membolehkannya mencari pekerjaan baru mengikut keperluan pasaran semasa.
  8. Empowerment. Pembudayaan PSH memberi peluang kepada rakyat memperkasakan diri. Sebagai contoh, inisiatif Accreditation of Prior Experiential Learning atau APEL membolehkan rakyat melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi dengan menggunakan pengalaman pekerjaan sebagai kelayakan kemasukan. Ini bukan sahaja membolehkan rakyat meningkatkan ilmu, tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupannya dalam jangka masa panjang. 
  9. Enjoyment. Ramai antara kita mencintai ilmu. Ramai juga golongan yang telah pencen dan ingin mencari ilmu dan kemahiran baru untuk kepuasan diri. Kursus-kursus PSH yang ditawarkan di Kolej Komuniti seperti memasak kek kukus (Gula hangus), jahitan kreatif (jahitan tudung 2 lapisan, tudung lycra bertingkat), membuat Powerpoint professional dan sebagainya tersedia untuk dimanfaatkan rakyat. 
  10. Para hadirin yang dihormati, PSH adalah sebahagian daripada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program menjana pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke tertiari, termasuk vokasional.
  11. Menjelang tahun 2020, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah seramai 26.2 juta orang. 
  12. Golongan pekerja inilah yang perlu kita mahirkan melalui PSH.
  13. Sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan jika tidak dipertingkatkan, kita akan terpaksa menerima lebih ramai tenaga mahir dari luar yang sekaligus merencatkan usaha pembangunan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di kalangan rakyat.
  14. Pelaksanaan PSH juga mustahak kerana ia dapat memastikan kesaksamaan sosial dalam struktur masyarakat tanpa mengira tempat. Masyarakat di luar bandar, yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan melalui PSH.
  15. Oleh itu, PSH merupakan wadah terbaik bagi meningkatkan lagi potensi seseorang individu dan Rakyat Malaysia perlu disedarkan tentang penyemaian budaya ilmu yang boleh diterokai tanpa batasan usia, masa, mahupun tempat. 
 (PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT) 
  1. Untuk Makluman hadirin sekalian jua, pelaksanaan PSH telah diperluaskan melalui inisiatif Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) iaitu hasil cetusan idea YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Oktober 2013. 
  2. Beliau telah menyarankan agar PISH ini dijadikan satu dasar utama Negara dan telah melancarkan inisiatif PISH pada 5 April 2014 bertempat di Kolej Komuniti Ledang, Johor.
  3. Kewujudan PISH adalah satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agamademi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan dalam kehidupan.
  4. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam."
  5. PISH menggabungkan konsep Ukhrawi dan Duniawi:
  1. Bagi konsep Ukhrawi, PISH memberikan kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir, pelajar dan komuniti setempat. 
  2. Manakala bagi konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti.
  1. Program PISH dilaksanakan berasaskan Strategi Lautan Biru (BOS), iaitu mengambilkira saranan Kerajaan untuk mengamalkan langkah perbelanjaan berhemah dan perkongsian sumber sedia ada secara optimum.
  2. Sehubungan itu, saya mencadangkan satu Seminar Kebangsaan PISH dianjurkan bersama dengan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti pada tahun hadapan 2015 untuk membincangkan pelaksanaan PISH serta strategi PISH bagi mendekati belia dan rakyat jelata dalam melengkapi diri secara holistik dalam aspek perkembangan kendiri dan kemahiran hidup secara Islam.
(PENUTUP) 
  1. Mesej utama Seminar ini, pada pendapat saya, ialah proses pencarian ilmu patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah.
  2. Justeru, Seminar ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam membudaya dan memperkasakan PSH di kalangan warga Malaysia, khususnya golongan yang sudah berkerjaya.
  3. Saya berkeyakinan Seminar ini yang bertemakan Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Tonggak Ketiga Pembangunan Modal Insanmampu memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga kerja negara.
  4. Sememangnya transformasi ke arah budaya PSH adalah selari dengan dasar Malaysia yang ingin menjadi negara maju dan melahirkan generasi yang berilmu, berkebolehan dan berkemampuan.
  5. Ucapan tahniah dan tahniah dirakamkan kepada para pembentang kertas kerja, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar.
  6. Saya juga mendoakan agar segala usaha murni menjadikan PSH sebagai budaya di kalangan rakyat akan terus cemerlang demi kemakmuran negara.
  7. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014. 
Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.

KENYATAAN AKHBAR : BILANGAN KEANGGOTAAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH (LPS)

Reaksi :  

ARAHAN PERTUKARAN PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Reaksi :  
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Cik Ainul Hayati binti Ab Raof, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG48 memangku Gred DG52 telah melapor diri di PPD Mersing dan bertugas sebagai Pengetua SMK Nitar (JEA4036), Mersing, Johor mulai 28 Disember 2014.

Pihak kami mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kepulangan puan ke daerah Mersing bagi meneruskan legasi pendidikan. Semoga pengurusan sekolah di bawah pentadbiran puan akan terus cemerlang dan seterusnya merealisasikan slogan Mersing Hebat.

Sekian, untuk makluman.


Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

PENEMPATAN DAN PERGERAKAN GURU BESAR/ PK. DAERAH MERSING DIS. 2014

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dimaklumkan penempatan dan pergerakan yang dimaksudkan:

1. Ahmad bin Awang -PK Kokurikulum SK Sinar Bahagia,Kulaijaya dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Pemanggil, Mersing
2. Nordin bin Abd Rahman - PK Pentadbiran SK Ayer Manis,Kulaijaya dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Aur, Mersing
3. Abd Rashid bin Amat - PK Kokurikulum SK Tmn Cahaya Masai,P.Gudang dilantik sebagai Guru Besar di SK(Felda) Tenggaroh 1,Mersing
4. Rosni bte Kassim - PK HEM SK Bandar Seri Alam,P.Gudang dilantik sebagai Guru Besar di SK(Felda)Tenggaroh 7, Mersing
5. Miskiah bte Jalaludin - PK Pentadbiran SK Desa Cemerlang,P.Gudang dilantik sebagai Guru Besar SK(Felda)Tenggaroh 2,Mersing
6. Rohani bte Ghaper - Guru Besar SK(Felda)Tenggaroh 7, digerakkan ke SK(Felda) Nitar 2,Mersing dengan jawatan yang sama.
7. Lukman bin Yunus - GAB SK(Felda)Tenggaroh 5, dilantik sebagai PK Kokurikulum di SK(Felda)Tenggaroh 1,Mersing.

enempatan secara hakiki dan pergerakan ini berkuatkuasa mulai 1 Disember 1014 dan
16 Disember 2014.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

PELAKSANAAN PROGRAM BAHASA MALAYSIA TAHUN 2015

Reaksi :  
Assalamu alikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa JPN Johor terus berusaha untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia di semua SR dan SM dalam negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, tuan.puan PERLU MEMASTIKAN semua program BM yang tersenarai pada lampiran dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Lampiran : 

Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing
Isnin, 29 Disember 2014

Kriteria Aliran Sains Tingkatan Empat Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan kriteria berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran :
Kertas_Makluman_Kriteria_Aliran_Sains__PT3_18.12.14.pptx
LP-KM_KRITERIA_ALIRAN_SAINS-TKT4_PT3_18.12.14.pdf
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014