* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
KENYATAAN AKHBAR
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
YBHG. TAN SRI DR. MADINAH MOHAMAD
MENGENAI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH,
SERI KEMBANGAN, SELANGOR



Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima aduan dan permintaan daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor untuk memindahkan sekolah tersebut ke lokasi sementara kerana bangunan sedia ada didapati telah mengalami kerosakan teruk dan mengancam keselamatan guru dan murid sekolah.
Laporan yang diterima dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Forensik telah mengesahkan semua bangunan sekolah tidak selamat diduduki akibat keretakan dan pemendapan yang serius di Blok B dan keretakan yang juga berlaku di Blok A, kantin dan kawasan persekitaran sub-station TNB akibat kerja-kerja pembinaan projek perumahan mewah yang dijalankan berdekatan sekolah tersebut.
KPM berpendapat keselamatan dan kesihatan murid dan guru mesti diutamakan kerana kerja-kerja pembinaan perumahan oleh pihak kontraktor telah menjejaskan pengoperasian sekolah.
Sehubungan itu, KPM telah membuat keputusan agar murid-murid sekolah itu dipindahkan ke lokasi sementara yang boleh menampung seramai 1,228 murid dan 74 orang guru. Keputusan ini dibuat setelah KPM bermesyuarat bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk JKR, MPSJ, Pengarah Pendidikan Selangor, Guru Besar Sekolah, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut dan pemaju kondominium.
Mesyuarat semalam itu juga telah mengenalpasti satu bangunan yang sesuai yang telah mendapat kelulusan menduduki (CF) untuk dijadikan premis sekolah sementara dengan keluasan 10,000 kaki persegi, mempunyai bangunan 4 tingkat yang boleh diubahsuai untuk menjadi bilik darjah bagi menempatkan seramai 1,300 murid, bilik-bilik khas seperti makmal sains dan pusat sumber, pejabat pentadbiran, bilik guru, serta dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dewan serbaguna berpagar, tempat letak kereta yang luas dan pondok pengawal.
Jarak lokasi premis sekolah sementara ini juga terletak dalam jarak 3 kilometer daripada sekolah asal iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah serta mempunyai laluan akses yang mudah. Pihak sekolah dan ibu bapa telah membuat lawatan ke premis tersebut dan telahpun memberi persetujuan untuk perpindahan murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah ke premis sementara ini.
JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk membantu sekolah berpindah dengan kadar segera untuk membolehkan premis sekolah sementara ini beroperasi mulai 5 hb Mei 2015.
Notis juga akan dikeluarkan kepada pemaju kondominium menuntut tindakan serta merta terhadap kerosakan, penggantian serta kos pengangkutan perpindahan.

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Putrajaya
21 April 2015

Lampiran :

0 komen ::

Catat Ulasan