* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
MAKLUMAN AWAL BENGKEL LATIHAN GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) DALAM PELANTAR VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
Tindakan       : Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru-guru Muda 1Malaysia
Tarikh : 23-04-2015
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : SK SERI PANTAI
SK TENGLU
SK (FELDA) TENGGAROH 6
SK PUSAT AIR TAWAR
SK TELOK LIPAT
SK MERSING KANAN
SK SRI MERSING
SJK(C) KG HUBONG
SJK(C) PAI CHEE
SMK SRI MERSING
SMK PAI CHEE (CF)
SMK UNGKU HUSIN
SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR
SMK MERSING


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Program GM1M dalam Virtual Learning
Environment (VLE) Frog sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran
dilaksanakan bertujuan menggembeleng barisan guru-guru muda daerah Mersing
dalam usaha memaksimumkan penggunaan Platform Pembelajaran Maya VLE Frog
sebagai platform pengajaran dan pembelajaran.

3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama YTL
Communications Sdn Bhd akan menjalankan sesi latihan program ini bagi daerah Mersing pada

30 April 2015 di Makmal Komputer SMK Mersing

melibatkan hanya 14 buah sekolah dengan 2 orang penyertaan guru bagi setiap sekolah.

4.Kriteria pemilihan peserta adalah seperti berikut:

4.1 Berumur 40 tahun dan ke bawah.
4.2 Belum pernah menghadiri kursus berkaitan Pelantar VLE melalui Frog Asia.
4.3 Bukan guru penyelaras ICT di sekolah masing-masing.
4.4 Dua orang guru bagi setiap sekolah yang dipilih.

5. Peserta-peserta perlu membawa rancangan pengajaran mata pelajaran yang diajar
beserta ID IBestariNet / VLE masing-masing.


Sekian makluman awal. Surat panggilan rasmi dan maklumat yang berkaitan akan menyusul seberapa SEGERA.

0 komen ::

Catat Ulasan