* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................


MOHON CALONKAN NAMA 2 ORANG GURU UNTUK BENGKEL LATIHAN GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) VLE DALAM PNP PADA 30 APR 2015 DI SMK MERSING
 
Tindakan       : Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru-guru Muda 1Malaysia
Tarikh : 27-04-2015
Unit : KURIKULUM
Oleh : En. Azman Bin Yusof

Maklumat :

SK SERI PANTAI
SK TENGLU
SK (FELDA) TENGGAROH 6
SK PUSAT AIR TAWAR
SK TELOK LIPAT
SK MERSING KANAN
SK SRI MERSING
SJK(C) KG HUBONG
SJK(C) PAI CHEE
SMK SRI MERSING
SMK PAI CHEE (CF)
SMK UNGKU HUSIN
SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR
SMK MERSING


Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, ekoran daripada hebahan awal di atas perkara yang sama pada 23 April yang lalu, mohon kerjasama semua Pengetua / Guru Besar bagi 14 buah sekolah-sekolah yang berkenaan untuk mencalonkan nama 2 orang guru untuk Bengkel latihan tersebut.

3. Sesi bengkel latihan tersebut akan diadakan pada 30 April 2015 di Makmal Komputer SMK Mersing

4.Kriteria pemilihan peserta adalah seperti berikut:

4.1 Berumur 40 tahun dan ke bawah.
4.2 Belum pernah menghadiri kursus berkaitan Pelantar VLE melalui Frog Asia.
4.3 Bukan guru penyelaras ICT di sekolah masing-masing.
4.4 Dua orang guru bagi setiap sekolah yang dipilih.

5. Nama-nama guru-guru GM1M boleh di email / Whatsapp / SMS kepada saya di alamat email azman.yusof@moe.gov.my atau ke no 019-9600120 seberapa SEGERA.


Sekian. Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar nama guru-guru.

0 komen ::

Catat Ulasan