* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 15 Jun 2015

Kajian Kesediaan Barisan Pemimpin Sekolah Menyokong Pemb.Abad ke-21 JPN Johor

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor sedang membuat kajian kesediaan berkenaan bagi mengesan kesediaan pihak sekolah menyokong Pembelajaran Abad ke-21 (Johor Showcase) Tahun 2015.

Kajian ini melibatkan respon daripada barisan kepimpinan sekolah seperti berikut :

1) Pengetua atau Guru Besar
2) GPK Pentadbiran
3) GPK HEM
4) GPK Kokurikulum
5) GPK Petang

Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A : maklumat Asas dan Bahagian B : Soal Selidik. Bahagian B dipecahkan kepada Soalan Tertutup dan Soalan Terbuka.

Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan kerjasama sebaiknya daripada pihak sekolah agar dapat melengkapkan borang kajian tersebut secara atas talian di One Stop Data Centre (Kajian Kesediaan PAK21) sesegera yang mungkin.

Pengisian borang kajian tersebut hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 20 Jun 2015.

Pihak boleh login aplikasi berkenaan dengan menggunakan kod sekolah masing-masing. (huruf besar)

Skala Skor :

Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Setuju
Sangat Setuju
1
2
3
4

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
One Stop Data Centre (Kajian Kesediaan PAK21)
Kajian_PAK21.pdf

MAKLUMAN : TAPAK KAJIAN INI DIUSAHAKAN OLEH PPD MUAR.

0 komen ::

Catat Ulasan