* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 10 Julai 2015

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat (KPM)

Reaksi :  
Reka Bentuk, Syarat dan Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan mengikut Kriteria Ukuran, Sulaman/Tekatan Logo dan Nama, Jenis Meterial, Warna dan Jenis Font Baju Korporat Pegawai Kerajaan. Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Pegawai/Kakitangan Lelaki dan Wanita (KPM) adalah merujuk Surat Edaran KPM.BKP.300-1/12(13) bertarikh 8 Januari 2014 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Muat turun di akhir entri.

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat (KPM) Lelaki dan Wanita

Penyeragaman Etika Pemakaian Baju Korporat di kalangan warga Kementerian Pendidikan. Penetapkan Ukuran, Sulaman/Tekatan Logo dan Nama, Jenis Meterial, Warna dan Jenis Font dalam Reka Bentuk Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyeragaman ini dapat membentuk Identiti dan Imej pegawai/kakitangan KPM dalam Etika Berpakaian.

Ukuran Sulaman/Tekapan Logo dan Nama Pegawai

Sulaman/Tekatan Logo dan Nama untuk Baju Korporat (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia


Potongan dan Rekabentuk Baju Korporat Lelaki

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM.BKP.300-1/12(13)

Potongan dan Rekabentuk Baju Korporat Wanita

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM.BKP.300-1/12(13)

Syarat Pemakaian Baju Korporat (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagiandan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai/kakitangan.
  • Pemakaian Baju Korporat oleh kakitangan KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan Tugas Rasmi di Lapangan Luar sahaja.
  • Baju Korporat bagi pegawai/kakitangan Lelaki KPM/JPN/PPD/Sekolah, hanya boleh dipakaibersama-sama seluar panjang slacks/khakis dengan keutamaan kepadawarna gelap.
  • Baju Korporat Bagi Pegawai/Kakitangan Wanita KPM/JPN/PPD/Sekolah, hanya boleh dipakaibersama skirt labuh berbentuk "A" (A-line skirt) paras tumit atau seluarpanjang polos berwarna hitam dantudung berwarna hitam/dar/cblue/royal blue.

Sila rujuk surat siaran di pautan KPM.BKP.300-1/12(13) untuk pengemaskinian dan update Etika Pemakaian Baju Korporat Terkini. Sekiranya ada perubahan mengikut kawasan dan edaran pekeliling terkini, sila nyatakan di bahagian komen sabagai makluman bersama. Semoga perkongsian mengenai Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini bermanfaat dan dijadikan panduan dalam etika berpakaian seharian.

0 komen ::

Catat Ulasan