* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 11 Julai 2015

Ucapan Penghargaan En.Wee Kok Cheng, Mantan PPPD Bahasa PPD Mersing

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah menamatkan perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam mulai 2 Julai 2015

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya percaya ada pertuturan, perbuatan dan geraklaku yang kurang menyenangi tuan. Oleh itu, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas sebarang kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

Saya tidak berniat buruk kecuali untuk menggalakkan tuan-tuan membuat penambahbaikan terhadap apa yang ditegurkan. Saya percaya tuan juga ingin lakukan yang terbaik bagi diri sendiri mahupun anak-anak didik tuan.

Sepanjang perkhidmatan saya di daerah Mersing, saya dapati semua warga pendidikan telah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik. Saya berdoa agar segala niat murni dan usaha tuan akan terus menghasilkan taraf pendidikan yang lebih unggul pada masa akan datang. Teruskan usaha murni ini.

Akhir kata, saya mohon tuan menghalalkan makan minum saya serta memaafkan saya atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh perkhidmatan saya di daerah Mersing yang bertuah ini.

Sekian, terima kasih.

MERSING HEBAT

.......................................................................
JASA BAKTI TUAN TETAP DI HATI KAMI
Selamat Bersara daripada kami warga akademik Mersing
.......................................................................

0 komen ::

Catat Ulasan