* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 7 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015

Reaksi :  
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;

a.            Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b.            keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul  dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.
Terima kasih.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
6 Ogos 2015
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_004160.pdf


0 komen ::

Catat Ulasan