* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 30 September 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH (29 SEPTEMBER 2015)

Reaksi :  
29 September 2015
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 29 September 2015 mendapati keadaan Jerebu di negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam.
 
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masingmasing akan penutupan ini dengan kadar segera. Sementara bagi negeri Melaka, semua sekolah hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September 2015kerana keadaan jerebu di negeri ini telah bertambah baik.
 
Sekian dimaklumkan.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia
29 September 2015


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

0 komen ::

Catat Ulasan