* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 7 September 2015

Warkah Akademik - UPSR 2015

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Subhanallah, Al-Hamdulillah, Allahu Akbar.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang telah merencanakan Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2015 tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.
Terima kasih kepada guru-guru yang telah menitiskan ilmu kepada calon-calon UPSR 2015 sejak tahun 1 hingga tahun 6. Tempoh masa selama enam tahun belajar di sekolah rendah bukanlah satu tempoh masa yang pendek dan hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Apa yang kita harapkan ialah anak-anak permata kita ini akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek sebelum mereka berhijrah ke alam sekolah menengah.
Sesungguhnya jasa guru tidak terhitung banyaknya dan tidak terkira nilainya .. merekalah yang membentuk anak-anak daripada tidak tahu apa-apa sehingga boleh mengenal, membaca, mengira dan menaakul. Dan esok anak-anak kita ini akan menempuh UPSR 2015 sebagai satu titik tolak awal yang bakal mencorakkan halatuju mereka di alam sekolah menengah nanti..Ukuran dan asas pencapaian UPSR akan menjadi asas kepada pemilihan ke sekolah menengah.
Kita sama-sama berdoa agar anak-anak ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Saya secara peribadi dan mewakili warga Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak.
Kami juga memohon maaf kerana tidak sempat berkunjungg ke semua sekolah terutama di ambang UPSR 2015 terutama sekolah-sekolah pulau dan sekolah-sekolah pedalaman. Kita hanya mampu merancang, hanya Alllah SWT sahaja yang menentukan segalanya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD dan semua warga PPD Mersing yang telah memberikan sokongan dan turun padang bersama-sama menjengah permata upsr Mersing.

Terima kasih kepada semua petugas UPSR 2015. Pastinya SOP menjadi keutamaan. Pengorbanan Tuan/Puan akan tetap terpahat di hati kami.. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dan jabatan kerajaan yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran UPSR 2015.

Usaha menJejaki barakah Ilahi, pastinya niat menjadi titik mula yang utama dalam semua hal dan urusan yang kita lakukan. Sehubungan itu, kami amat berharap agar semua pihak dapat menjaga tatasusila sebagai seorang Islam yang berpegang teguh dengan nilai sucinya, begitu juga nilai-nilai yang turut diamalkan oleh rakan-rakan bukan Islam sepanjang masa.. Apa lagi dalam tempoh anak-anak kita menduduki UPSR 2015 ini. Elakkan terlibat dengan aktiviti yang lagha (melalaikan) yang boleh mengubah suasana dan barakah ilmu.
Lipatgandakan amalan kebaikan dan ibadah serta berdoa dengan hati yang khusyuk dan bersungguh-sungguh. Bertahajjudlah kerana Tahajjud seorang guru merupakan satu suntikan rohani yang amat berkesan kepada murid-murid kita.
Moga kita sentiasa diberkati Allah SWT.
Wassalam.

1 komen ::

SK. LKTP Tenggaroh 5 berkata...

Terima kasih tuan, terutama Tn PPD dan Krew unit Akedemik yang telah memberi segala tumpuan dan perhatian yang saya rasa sangat HEBAT. Kami warga SKT5 turut mendoakan kecemerlangan anak UPSR seluruh daerah mersing dan negeri Johor tahun ini. Amin Ya Allah..

Catat Ulasan