* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 29 Oktober 2015

KAJIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN BERKENAAN AKSES KEPADA APLIKASI HRMIS DARIPADA SEPTEMBER 2015 SEHINGGA KINI

Reaksi :  
SOAL SELIDIK BAGI KAJIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN BERKENAAN AKSES KEPADA APLIKASI HRMIS DARIPADA SEPTEMBER 2015 SEHINGGA KINI
“Pada tahun 2015, pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) & Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat sekolah melalui sistem HRMIS. Kemuncak pelaksanaan tersebut bermula pada September 2015 sehingga kini didapati banyak aduan dari kakitangan sekolah berkenaan masalah akses kepada sistem HRMIS. Untuk makluman, masalah akses kepada sistem HRMIS boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dari peringkat pengguna sistem sehingga aplikasi HRMIS. Faktor-faktor seperti masalah infrastruktur atau talian yang digunakan diperingkat sekolah, kediaman, dan lain-lain tempat, masalah peranti atau peralatan ICT yang digunakan dan waktu puncak akses kepada aplikasi HRMIS menyumbang kepada gangguan akses secara keseluruhan.
Sehubungan itu, soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah akses kepada sistem HRMIS bagi membolehkan penambahbaikan segera ke atas masalah tersebut dapat dilakukan oleh pihak yang berkaitan untuk menjamin keselesaan penggunaan.
Bagi kajian ini, responden adalah daripada kakitangan sekolah  dengan mengambil kira pengalaman akses (user experience) kepada aplikasi HRMIS bermula pada September 2015 sehingga kini.”
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menjawab soal selidik tersebut melalui pautan seperti berikut:
[Perhatian : Pautan kaji selidik akan diaktifkan mulai 27 Oktober 2015 hingga 06 Nov.2015]

0 komen ::

Catat Ulasan