* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 11 Oktober 2015

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 6 (KSSR) PEND. MORAL DAERAH MERSING 2015

Reaksi :  
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 12 dan 13 Oktober 2015 
Tempat : SJK(C) Pai Chee Mersing
Masa : 8.00 am – 5.00 pm

Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Ketua Panitia matapelajaran berkenaan untuk menghadirinya. Kehadiran peserta adalah wajib, setiap slot kursus perlu dihadiri dan peserta yang tidak dapat menghadiri kursus perlu digantikan oleh guru lain seperti mana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Latihan Dasar, KPM.

Guru berkenaan diminta membawa bersama komputer riba, ‘thumb drive’, Dokumen Standard Kurikulum Dan Prestasi (DSKP) Tahun 6 serta bahan sokongan kursus dan satu salinan muka depan buku akaun bank yang masih aktif. (Untuk tujuan tuntutan)

Sekian Terima Kasih

0 komen ::

Catat Ulasan