* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 20 Oktober 2015

PENGEMASKINIAN MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) DATA BERAKHIR OKTOBER 2015

Reaksi :  
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah negeri Johor


Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah menerusi Guru Data Maklumat (GDM) perlu mengemaskini Modul Pengurusan Sekolah (SPS) dialamat seperti berikut https://emisonline.moe.gov.my/. GDM perlu memastikan setiap sub-modul dalam Modul Pengurusan sekolah dikunci yang masuk dan disemak secara menyeluruh agar maklumat yang dilaporkan berada pada tahap yang terkini dan tepat. Guru Data Maklumat diminta memulakan pengemaskinian mulai 22 Oktober 2015 hingga 2 November 2015 sebelum jam 9.00 pagi. Diantara variable yang perlu diambil perhatian seperti berikut:

a)Profil Am Sekolah ( logo dan gambar sekolah)
b)Kawasan (Lot tanah)
c)Bangunan (status keadaan fizikal dan pendawaian banguan)
d)Bilik (Status keadaan bilik dan pendawaian bilik)
e)Peralatan (Lokasi, bilik dan harga seunit)

3. Pihak PPD/Sekolah dipohon membuat semakan bagi menghasilkan data yang berkualiti. Salinan laporan pengesahan maklumat sekolah yang telah ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar sekolah berkenaan hendaklah dihantar ke PPD (Unit ICT) selewat-lewatnya atau pada 10 November 2015 sebagai rujukan untuk mengesahkan maklumat sekolah.

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Kairul Annuar bin Abd Aziz di talian 07-2310184 atau En. Mohd Fadzli bin Ripin di talian 07-231 1441.

5. Kerjasama serta keprihatinan pihak PPD/Sekolah untuk menjayakan kutipan data Modul Pengurusan Sekolah (SPS) Oktober 2015 ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

0 komen ::

Catat Ulasan