* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 11 Oktober 2015

PERSIDANGAN SECARA ATAS TALIAN EDUCATION ON AIR OLEH GOOGLE

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Google for Education telah merencana persidangan secara atas talian Education on Air untuk memberi peluang kepada semua guru berbincang dan meneroka kaedah-kaedah terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Di samping itu, kaedah-kaedah praktikal daripada guru-guru Malaysia yang telah berjaya merangsang murid-murid menggunakan teknologi dan inovasi turut juga dilibatkan dalam persidangan atas talian ini.

3. Persidangan secara atas talian ini boleh dicapai di alamat g.co/EduOnAir bermula 01 November 2015. Mereka yang berminat untuk menyertai program ini perlulah mendaftar pada laman sesawang tersebut selewat-lewatnya 15 Oktober 2015.

4. Sehubungan itu, pihak kami diminta memanjangkan perkara ini kepada sekolah-sekolah mengikut keperluan. Bersama-sama makluman ini dikepilkan poster jemputan ke program tersebut untuk tindakan tuan/puan.

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

SEJATI SEJIWA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

MOHD BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Teknologi Pendidikan 
Pusat Kegiatan Guru Endau

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI


Lampiran :
http://g.co/EduOnAir
Jemputan1_PosterSekolah.pdf

0 komen ::

Catat Ulasan