* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 20 Oktober 2015

Siaran Secara Langsung Ucapan Bajet 2016 Melalui Portal Perbendaharaan Malaysia

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada ketetapan berikut:
            Tarikh            :           23 Oktober 2015
            Masa              :           4.00 petang 
            Tempat          :           Parlimen Malaysia 

Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2016  juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2016. Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia dihttp://www.treasury.gov.my.

Teks Ucapan Bajet  2016 dan Laporan Ekonomi 2015/2016 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selesai membentangkan Bajet  2016.

Selain dari itu Bajet 2016 juga boleh diakses melalui:

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

0 komen ::

Catat Ulasan