* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 15 Oktober 2015

STATUS PENGUNAAN VLE FROG SEKOLAH DAERAH MERSING BULAN SEPTEMBER 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berdasarkan Laporan Berkala Penggunaan Pelantar Pembelajaran Maya (VLE-Frog) 1BestariNet KPM September 2015, didapati penggunaan VLE-Frog dikalangan murid adalah tidak mencapai sasaran kebangsaan (seperti dalam surat KPM yang dilampirkan).

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki memperhebat dan memastikan sekolah di bawah tadbiran tuan menggunakan VLE-Frog secara optimum seperti dalam surat siaran Pelaksanaan Penggunaan VLE KPM[KP(BTP-PENT)8800/4/2 Jld.13(2)] bertarikh 09 Januari 2015.

4. Sasaran KPM penggunaan VLE-Frog ialah satu(1) juta murid setiap minggu bermula penghujung bulan November 2015. Sehubungan itu, KPM telah membuat penetapan KPI yang baru untuk peratus penggunaan murid sekurang-kurangnya 5 minit dalam 1 sesi pembelajaran sahaja setiap minggu mengikut bulan :

5. Tahniah! kepada 12 buah sekolah yang melepasi KPI penggunaan 17.7% Daerah Mersing bagi bulan September untuk minggu 37- 40 September 2015.

5.1 SJK(C) KG HUBONG (JBC4002) 47.56%
5.2 SJK(C) CHIAO CHING (JBC4001) 42.65%
5.3 SK TELOK LIPAT (JBA4016) 36.64%
5.4 SK TERIANG (JBA4008) 32.84%
5.5 SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR (JRA4001) 30.83%
5.6 SMK MERSING (JEA4035) 28.52%
5.7 SK (FELDA) TENGGAROH 6 (JBA4014) 26.73%
5.8 SK PUSAT AIR TAWAR (JBA4015) 21.38%
5.9 SK LEMBAGA ENDAU (JBA4009) 21.10%
5.10 SK PENYABONG (JBA4023) 20.45%
5.11 SJK(C) PAI CHEE (JBC4004) 20.44%
5.12 SK SERI PANTAI (JBA4004) 18.30%

6. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan penggunaan VLE disekolah tuan melepasi KPI yang ditetapkan dan pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sila muat turun lampiran yang disertakan. Sebarang pertanyaan tuan boleh menghubungi Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) di PKG Masing-masing. 

Sekian, Terima kasih.


Lampiran :
SURAT_KPM_KPI_VLE.pdf
KPI_VLE_Frog_Dashbord_September_2015.pdf

0 komen ::

Catat Ulasan