* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 12 Oktober 2015

Warkah Akademik PPD Mersing - PT3 2015

Reaksi :  

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

AlHamdulillah..PT3 akan bermula esok 12 Okt.2015 hingga 15 Okt. 2015..
Tk kpd semua petugas dan tenaga kerja yg terlibat, samada di peringkat sekolah dan daerah, juga negeri..
Masa terus berlalu dan pihak kami tidak berkesempatan menjengah semua permata pt3,
namun kami kirimkan doa sebagai pengganti..
Sampaikan salam kami kpd semua anak-anak kita... 
Moga kejayaan akan terus menjadi milik anda dan kita..
Terus berusaha dan bertawakkal.
....................
Doa Kejayaan PT3 

بسم الله الرحمن الرحيم...

YA ALLAH...
Peliharalah kesihatan anak-anak kami Calon PT3 dihari peperiksaan ini.

Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhkanlah mereka daripada perasaan resah gelisah serta dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dgn Tepat. 

YA ALLAH,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan cemerlang ini,
mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai pembuka jalan untuk menjadi hambaMU yang soleh dan solehah 
menghampirkan diri mereka padaMU.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah,Cemerlang di dunia dan Cemerlang di akhirat.

YA ALLAH

Kami mohon kepadaMU, 
DiKau perbaikilah akhlak anak-anak kami.
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah yang baik.
Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buangkanlah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH

Jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Allahumma Amin.
Ya Rabbal Alamin

# Selamat Menduduki peperiksaan bagi yang akan mengambil peperiksaan PT3....
# Semoga anak-anak kita dapat melakukan dengan tenang...insyaa Allah.

0 komen ::

Catat Ulasan