* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 1 November 2015

Warkah Akademik PPD Mersing - SPM dan STPM 2015

Reaksi :  

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Subhanallah, Al-Hamdulillah, Allahu Akbar.

Esok akan bermula SPM 2015. Begitu juga STPM 2015
Masa terus berdetik. Terus meninggalkan kita tanpa mengundur ke belakang. Berlalu tanpa menunggu kita.

Anak-anak Permata SPM dan STPM, dijadualkan akan menduduki peperiksaan berkenaan mulai esok, 2 November 2015 (Isnin)

Setinggi-tinggi penghargaan, kami rakamkan kepada pihak sekolah yang telah merencanakan Program-program Kecemerlangan SPM dan STPM Tahun 2015 tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.
Terima kasih kepada guru-guru yang telah menitiskan ilmu kepada anak-anak permata 2015 sejak sekian lama. Tempoh masa yang telah ditempohi bukanlah satu tempoh masa yang pendek dan hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Apa yang kita harapkan ialah anak-anak permata kita ini akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek sebelum mereka berhijrah ke alam pengajian yang lebih tinggi.
Sesungguhnya jasa guru tidak terhitung banyaknya dan tidak terkira nilainya .. merekalah yang membentuk anak-anak daripada tidak tahu apa-apa sehingga boleh mengenal, membaca, mengira dan menaakul. 

Esok anak-anak kita ini akan menempuh satu peperiksaan yang amat penting, yang bakal mencorakkan halatuju dan masa depan mereka.
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak-anak ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Kepada rakan-rakan guru yang telah sanggup memikul tanggungjawab sebagai tenaga kerja pengurusan peperiksaan STPM dan SPM 2015, kami cukup terharu dengan pengorbanan anda.

Pastinya SOP menjadi keutamaan. Pengorbanan Tuan/Puan akan tetap terpahat di hati kami.. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dan jabatan kerajaan yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran UPSR 2015. Terima kasih kepada semua petugas SPM dan STPM 2015. 

Saya secara peribadi dan mewakili warga Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak.
Kami juga memohon maaf kerana tidak sempat berkunjung ke semua sekolah terutama di ambang SPM dan STPM 2015. Kita hanya mampu merancang, hanya Alllah SWT sahaja yang menentukan segalanya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD dan semua warga PPD Mersing yang telah memberikan sokongan dan turun padang bersama-sama Menjengah Permata Mersing.

Usaha menJejaki barakah Ilahi, pastinya niat menjadi titik mula yang utama dalam semua hal dan urusan yang kita lakukan. Sehubungan itu, kami amat berharap agar semua pihak dapat menjaga tatasusila sebagai seorang Islam yang berpegang teguh dengan nilai sucinya, begitu juga nilai-nilai yang turut diamalkan oleh rakan-rakan bukan Islam sepanjang masa.. Apa lagi dalam tempoh anak-anak kita menduduki peperiksaan ini. Elakkan terlibat dengan aktiviti yang lagha (melalaikan) yang boleh mengubah suasana dan barakah ilmu.
Lipatgandakan amalan kebaikan dan ibadah serta berdoa dengan hati yang khusyuk dan bersungguh-sungguh. Bertahajjudlah kerana Tahajjud seorang guru merupakan satu suntikan rohani yang amat berkesan kepada murid-murid kita.
Moga kita sentiasa diberkati Allah SWT.

Doa Kejayaan SPM dan STPM 2015

بسم الله الرحمن الرحيم...

YA ALLAH...
Peliharalah kesihatan anak-anak kami Calon SPM DAN STPM 2015 dihari peperiksaan ini.

Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhkanlah mereka daripada perasaan resah gelisah serta dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan tepat. 

YA ALLAH,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan cemerlang ini,
mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai pembuka jalan untuk menjadi hambaMU yang soleh dan solehah 
menghampirkan diri mereka padaMU.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah,Cemerlang di dunia dan Cemerlang di akhirat.

YA ALLAH

Kami mohon kepadaMU, 
DiKau perbaikilah akhlak anak-anak kami.
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah yang baik.
Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buangkanlah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH

Jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Allahumma Amin.
Ya Rabbal Alamin

# Selamat Menduduki peperiksaan.
# Semoga anak-anak kita dapat melakukan dengan tenang...Insyaa Allah.

0 komen ::

Catat Ulasan