* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 15 Januari 2015

PENGOPERASIAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LEDANG

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Adalah dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Ledang telah beroperasi bermula pada 4 Januari 2015. Ini adalah PPD yang ke 11 dalam Negeri Johor.

Sehubungan dengan itu segala urusan berkaitan adalah pada ketetapan berikut:


Alamat :Pejabat Pendidikan Daerah Ledang,
D/A, SMK Tun Mamat,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
No. Telefon:06-9791127
No. Faks:06-9791121
E-mel:ppd_ledang@moe.gov.my


Sekian, terima kasih.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Penganjuran Majlis Rasmi Perkhidmatan Awam

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, adalah dimaklumkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai Bahasa Rasmi dalam pentadbiran negara.
Dalam perkembangan yang sama, Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan "Islam adalah agama persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa semua Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan dan mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, samada secara tulisan mahupun lisan.

Berikut disertakan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Wassalam.

Lampiran :
Surat Siaran JPN Johor
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2011
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006
Rabu, 14 Januari 2015

BAHAN HALA TUJU PENDIDIKAN NEGERI JOHOR (JOHOR SHOWCASE 2015)

Reaksi :  
Sumber : Portal PPD Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas, surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, JPNJ.SJQ(43)/100-1/1/1 Jld 18 (20) bertarikh 11 Januari 2015 adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menyediakan bahan Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor (JOHOR SHOWCASE 2015) untuk digunapakai dan disebar luas kepada warga pendidikan Negeri Johor. 


1. Bunting “Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor” 
2. Banner “Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor 1”
3. Banner “Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor 2”
4. Brosur “Hala Tuju Pendidikan Negeri Johor”
5. Video Amanat Pengarah Pendidikan Negeri Johor 2015

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohd Fakarudin Bin Hussain, Pen. PPD Menengah (Murid) .

Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Lampiran : Johor Showcase
Isnin, 12 Januari 2015

Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Reaksi :  
TAHNIAH
 
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab telah ditempatkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)Kementerian Pendidikan Malaysia memangku Gred Utama A yang berkuatkuasa mulai 26 Disember 2014 bagi menggantikan YBhg. Dato' Haji Sufaat bin Tumin yang telah bersara.



YBhg. Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Operasi Pendidikan) 
Kementerian Pendidikan Malaysia
TAHNIAH

Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Hj Khairil bin Awang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Sektor Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia berkuat kuasa pada 5 Januari 2015.
 
Dimaklumkan juga pertukaran email baru bagi TKPPM (DPP) adalah khairilawang@moe.gov.my
 
 
YBhg. Dato’ Hj Khairil bin Awang
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Dasar dan Pembangunan Pendidikan),
Sektor Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia

Senarai Awal Radas dan Bahan Peperiksaan Pusat Amali Sains SPM 2015

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan senarai berkenaan untuk tindakan pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : Radas_Amali_Sains.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan surat pekeliling berkenaan yang jelas maksudnya untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : BI_Wajib_Lulus.pdf
Ahad, 11 Januari 2015

Kadar Bayaran Baharu Bagi Pengurusan Peperiksaan Awam Mulai 1 Januari 2015

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa kadar bayaran baharu pengurusan peperiksaan awam UPSR, PT3, SPM, SPM(U) dan STAM ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Sehubungan dengan itu, Jadual Kadar Pengurusan Peperiksaan boleh dimuat turun pada pautan di bawah.