* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 27 Mac 2015

Langkah strategik tingkatkan kemahiran BI Guru dan Pelajar

Reaksi :  

Web SMK Anjung Batu

Reaksi :  

Penutur Jati Bahasa Arab

Reaksi :  

PROGRAM LATIHAN GM1M VLE FRO

Reaksi :  
YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

Sekolah-sekolah yang terlibat :

Khamis, 26 Mac 2015

Mesyuarat Khas JK Pelaksanaan Akademik Bagi Program ECER Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Mac 2015 (Ahad)
Masa :
10.00 - 10.30 pagi (Pendaftaran dan Minum Pagi)
10.30 pagi - 1.00 petang (Mesyuarat)
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing

Sekolah-sekolah yang terlibat :
(lihat lampiran - pecahan mengikut sekolah)

SPM (120 orang) :
1. SMK MERSING
2. SM ARAB ALKHAIRIAH MERSING
3. SMK ANJUNG BATU

PT3 (120 orang) :
1. SMK MERSING
2. SM ARAB ALKHAIRIAH MERSING
3. SMK ANJUNG BATU

UPSR (160 orang) :
1. SK TENGLU
2. SK MERSING KANAN
3. SK SRI PANTAI
4. SK SRI MERSING
5. SJK TAMIL MERSING

SILA BAWA LAPTOP BAGI MELICINKAN LAGI SESI MESYUARAT BERKENAAN.

Pihak sekolah jugak diminta melengkapkan template Akademik_Takwim 2015 seperti lampiran dan dibawa bersama-sama semasa menghadiri mesyuarat berkenaan.

Untuk maklumat lanjut dan tindakan yang perlu diambil, sila rujuk lampiran.
Wassalam.

Lampiran :
Invite_1st_ICM_Khas__Akademik__Johor.pdf
Akademik_Takwim_Template_2015.xlsx
Rabu, 25 Mac 2015

Pelaksanaan Program Kemahiran Mengira (ProTIM) Tahun 4 Sekolah Rendah Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Kemahiran Mengira (ProTIM) merupakan satu program yang dilaksanakan kepada murid yang belum menguasai kemahiran mengira. Program ProTIM ditambah baik sebagai lanjutan Program LINUS2.0 .

Berikut disertakan jadual takwim dan pelan tindakan pelaksanaan dan pemantuan program tersebut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Wassalam.

Lampiran : protim.pdf