* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 7 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015

Reaksi :  
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;

a.            Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b.            keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul  dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.
Terima kasih.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
6 Ogos 2015
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_004160.pdf


Khamis, 6 Ogos 2015

Peringatan : Pertandingan Buku Skrap anjuran JKD Pendidikan Moral (Rendah) Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami pada 20 April 2015 adalah berkaitan.

Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa JKD Pendidikan Moral Sekolah Rendah akan menganjurkan pertandingan berkenaan seperti ketetapan berikut :

1. Pertandingan Buku Skrap - Pencemaran (Tahap 2)
2. Pertandingan Buku Skrap bertajuk - Perayaan Di Malaysia (Tahap 1)

Tarikh : 17 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : SJKC Jemaluang
Peserta :
- Tiga orang dalam satu kumpulan (Tahap 2)
- Tiga orang dalam satu kumpulan (Tahap 1)
Sumbangan : RM 25 (1 kumpulan)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PENYERTAAN ADALAH PADA 15 OGOS 2015 


Makluman : setakat hari ini, pihak Urus setia hanya bari menerima dua penyertaan daripada sekolah-sekolah yang terlibat.

Mohon dapat kiranya pihak sekolah dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan program tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Guru Besar SJKC Jemaluang, Pengerusi JKD Pendidikan Moral (Rendah)

Lampiran :
syarat_-syarat_pertandingan_buku_skrap___Borang__Penyertaan.pdf
Rabu, 5 Ogos 2015

Kursus Pembugaran Pedagogi Abad ke-21 Guru Sekolah Menengah Daerah Mersing Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan kursus berkenaan, aktiviti di bawah Program Transformasi Daerah (DTP) seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 - 15 Ogos 2015 (Rabu hingga Sabtu)
Masa : 2.00 petang (12 Ogos 2015) - Pendaftaran
Tempat : Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan
Sasaran : 80 orang Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Mersing

Keperluan : 
SILA BAWA KEPERLUAN DIRI, PAKAIAN RASMI DAN PAKAIAN SUKAN YANG LENGKAP.

Kemudahan pengangkutan bas dari PPD Mersing ke Kem BTN Ulu Sepri (pergi dan Balik) disediakan oleh pihak penganjur.
Sehubungan itu, semua peserta kursus diminta berkumpul di perkarangan PPD Mersing pada jam 7.00 pagi 12 Ogos 2015(Rabu)

Sekian. Wassalam

Lampiran :
Surat Panggilan.pdf
jadual_kursus.pdf
Selasa, 4 Ogos 2015

Program Transformasi Daerah : Town Hall Sekolah Transformasi Zon Selatan

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seminar, Aras 6, JPN Johor.
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Sehubungan dengan itu, SK Sawah Dato terpilih menyertai program ini. Kerjasama pihak sekolah dipohon untuk menghantar seramai tujuh (7) orang peserta seperti ketetapan di bawah :


  • Guru Besar
  • Guru Penolong Kanan Pentadbiran
  • 4 orang Ketua Panitia
  • YDP PIBG
Sekian. Wassalam

1.SK TERIANG
2.SK PENYABUNG
3.SK AIR PAPAN
4.SK TANJUNG RESANG
5.SK LABUNG

Assalamualaikum wbrkth

Sukacita dimaklumkan, satu taklimat pelaksanaan program yang tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh / Masa : Rabu 05 Ogos 2015 - 9.00 pg tepat
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Teriang, Endau


2.Sehubungan dengan itu, guru-guru penyelaras sekolah diminta untuk hadir ke taklimat tersebut.

3.Surat panggilan rasmi akan menyusul.

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Wan Nadzri bin Wan Abdul Rahman, Ketua Unit Kurikulum PPDMG atau En. Azman bin Yusof, Pegawai Meja program tersebut ditalian 07-7991269 di PPD Mersing.

Sekian hebahan. Terima Kasih. 
Bersama-sama ini dipanjangkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2015 untuk makluman tuan/puan.

Sekian, terima kasih


Lampiran : Pek_Pkhd_Bil._4_Tahun_2015.PDF
Isnin, 3 Ogos 2015

DIALOG PRESTASI PPD MERSING BIL. 8 TAHUN 2015 (Aktiviti di bawah Program Transformasi Daerah)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2015 (Selasa)
Masa :
8.00 pagi- 8.30 pagi (Pendaftaran dan Sarapan Pagi)
8.30 pagi - 1.00 petang (Dialog Prestasi)
1.00 petang (Makan Tengahari dan bersurai)

Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Mersing
Sasaran : Pegawai PPD dan Pengetua

Fokus :
Pencapaian Ting. 4  dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput tuan Pengetua  hadir dan turut serta dalam program berkenaan.
Tuan juga diminta menyediakan Rumusan Dialog Prestasi Sekolah dan Pelan Intervensi berkaitan dialog tersebut.
Tuan juga diminta membawa laporan pelaksanaan Dialog Prestasi Peringkat Sekolah Jan - Jun 2015.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : DP08_2015.pdf

Laporan Pelaksanaan PLC Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamulaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah... Kami memohon tindakan segera
sekolah -sekolah yg terlibat dengan Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Kelolaan BPG, KPM.

Kami amat mengharapkan agar pihak sekolah dapat menghantar laporan pelaksanaan PLC di peringkat sekolah dengan kadar segera.

Laporan hendaklah dihantar ke akademikmg@gmail.com

Sekolah-sekolah yg terlibat dgn PLC BPG Tahun 2015 :

  1. SJKC Kg. Hubong (BI)
  2. SM Arab AlKhairiah (BI)
  3. SMK Pai Chee (BM)
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Ogos 2015 (Isnin)
Masa :
8.00 pagi- 8.30 pagi (Pendaftaran dan Sarapan Pagi)
8.30 pagi - 1.00 petang (Dialog Prestasi)
1.00 petang (Makan Tengahari dan bersurai)

Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Pegawai PPD dan Guru Besar.

Fokus :
1) Pencapaian Tahun 5 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015.
2) Pencapaian Tahun 6 dalam Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2015 (UPPM3)

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput tuan Guru Besar hadir dan turut serta dalam program berkenaan.
Tuan juga diminta menyediakan Rumusan Dialog Prestasi Sekolah dan Pelan Intervensi berkaitan dialog tersebut.
Tuan juga diminta membawa laporan pelaksanaan Dialaog Prestasi Peringkat Sekolah Jan - Jun 2015.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : DP07_2015.pdf