* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 3 Oktober 2015

BORANG PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS PRESTASI PENCAPAIAN SKK (BORANG AK-5)

Reaksi :  

UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA SKK: BORANG PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS PRESTASI PENCAPAIAN SKK (BORANG AK-5)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Seperti yang tuan sedia maklum, semasa Bengkel Pengurusan Kebitaraan yang telah diadakan pada bulan Jun hingga Mei 2015 (ikut zon) telah ditetapkan semua Penyelaras SKK hendaklah menghantar Borang Penilaian dan Maklum Balas Prestasi Pencapaian SKK iaitu Borang AK-5.

3.     Sehubungan dengan itu, Bahagian telah menghantar e-mel (Sila buka e-mel SKK masing-masing) memohon agar SKK yang masih belum mengambil tindakan agar menghantar Borang AK-5 sebelum atau pada 6 Oktober 2015. Tuan juga diingatkan agar menggunakan format yang telah diselaraskan semasa Bengkel Pengurusan Kebitaraan 2015 seperti yang dilampirkan melalui e-mel SKK.  Maklumat yang terdapat dalam borang tersebut hanyalah sebagai contoh sahaja.  Semua penyelaras hendaklah mengisi maklumat yang betul dan tepat berdasarkan KPI sekolah masing-masing. Sila e-mel maklumat Borang AK-5 terus kepada ctasha7769@gmail.com.

4.     Bahagian juga mengucapkan terima kasih kepada 20 Penyelaras SKK yang telah menghantar Borang AK-5. Kerjasama dan tindakan segera SKK amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian.
http://myklusterakademik.blogspot.my/2015/10/untuk-perhatian-dan-tindakan-segera-skk.html
Khamis, 1 Oktober 2015

DIALOG PRESTASI PPD MERSING BIL. 10 TAHUN 2015 (Aktiviti di bawah Program Transformasi Daerah)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Oktober 2015 (Isnin)
Masa :
8.00 pagi- 8.15 pagi (Pendaftaran)
8.15 pagi - 
10.00 pagi (Dialog Prestasi)
10.00 pagi - 10.30 pagi (Minum Pagi)
10.30 pagi - 1.00 petang (Dialog Prestasi)
1.00 petang (Makan Tengahari dan bersurai)

Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Mersing
Sasaran : Pegawai PPD, Pengetua dan GPK (Pentadbiran)

Fokus :
Pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2015

Pencapaian Peperiksaan Percubaan PT3 2015

Pihak sekolah diminta menyediakan bahan berikut :

1. Laporan Post Mortem dan Pelan Intervensi Jangka Pendek Peperiksaan Percubaan SPM 2015


2. 
Laporan Post Mortem dan Pelan Intervensi Jangka Pendek Peperiksaan Percubaan PT3 2015

Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Dialog_Prestasi.pdf
Rabu, 30 September 2015

FORMAT DAN INSTRUMEN CONTOH UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2016

Reaksi :  

Pelaksanaan Pemantauan Galakguna MBMMBI Dalam Bidang Pengurusan dan Teknikal

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pemantauan berkenaan akan dibuat dalam tempoh September hingga Oktober 2015.

Sehubungan itu, pihak sekolah diharapkan dapat memastikan guru-guru yang mengajar mp Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan CD MBMMBI bagi melaksanakan aktiviti pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. 

Sekian. Wassalam

Lampiran : 
Pantau_Galak_Guna_MBMMBI.pdf
29 September 2015
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 29 September 2015 mendapati keadaan Jerebu di negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam.
 
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masingmasing akan penutupan ini dengan kadar segera. Sementara bagi negeri Melaka, semua sekolah hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September 2015kerana keadaan jerebu di negeri ini telah bertambah baik.
 
Sekian dimaklumkan.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia
29 September 2015


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
Selasa, 29 September 2015

Keadaan Jerebu Daerah Mersing - 29 Sept. 2015

Reaksi :  























Isnin, 28 September 2015

Penangguhan Aktiviti Ekoran Jerebu

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah..

AlHamdulillah .. ekoran STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015 (SELASA)
Adalah dimaklumkan kursus-kursus berikut ditangguhkan :

PROGRAM    :KURSUS ORIENTASI DSKP KSSR TAHUN 6 - PEND. MORAL
Tempat:PKG Bandar Mersing
Tarikh:29-Sep-2015 hingga 30-Sep-2015
Masa:08:30:00 hingga 17:00:00
Peserta:12 peserta - Pengerusi Panitia Pend.Moral SR
PROGRAM    :PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU (PLUG) TMK DAERAH MERSING TAHUN 2015
Tempat:Bilik Seminar, PPD Mersing
Tarikh:29-Sep-2015 hingga 30-Sep-2015
Masa:00:00:00 hingga 00:00:00
Peserta:40 peserta - Seorang Guru Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Tahun 6/ 2016
OGRAM    :BENGKEL PENGESAHAN SKT ONLINE BAGI PEGAWAI PENILAI
Tempat:Bilik Mesyuarat, PPD Mersing
Tarikh:29-Sep-2015 hingga 30-Sep-2015
Masa:14:30:00 hingga 16:30:00
Peserta:44 peserta - Guru Penolong Kanan Pentadbiran
PROGRAM    :KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU (KPPGBM) BERASASKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015 – SIRI 2
Tempat:SK Seri Pantai, Mersing
Tarikh:27-Sep-2015 hingga 29-Sep-2015
Masa:08:30:00 hingga 16:30:00
Peserta:35 peserta - Ketua Panitia BM


HARAP MAKLUM...

KENYATAAN RASMI PPD MERSING STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU

Reaksi :  
KENYATAAN RASMI PPD MERSING
STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015 (SELASA) 
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Rakan-rakan PGB dan warga pendidikan daerah Mersing. Saya panjangkan mesej yang telah dihantar oleh Yg Bhg Tuan Pengarah Pendidikan Johor berkaitan pengumuman sekolah ditutup ekoran jerebu pada 29.9.2015 (Selasa) yang jelas maksudnya. Mohon tuan/puan dapat panjangkan kepada semua yang berkenaan. Terima kasih.
- PPD Mersing - 10.00 mlm
...................................
MAKLUMAN RASMI STATUS SEKOLAH NEGERI JOHOR DITUTUP EKORAN JEREBU PADA 29 SEPTEMBER 2015 (SELASA)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 28 September 2015 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan itu
1. Semua murid tidak perlu hadir ke sekolah. Bagi murid-murid yang tinggal dan sudah balik ke asrama seperti SBP dan Asrama Harian, mereka boleh terus tinggal di asrama dengan kawalan warden.
2. Guru-guru yang rajin dan sentiasa berada di sekolah maka tiada halangan mereka hadir.
3. Anggota Kakitangan Pelaksana hadir bertugas seperti biasa.
4. Semua kursus yang dilaksanakan melibatkan guru di daerah pada 29.9.2015 yang wajar ditangguhkan boleh ditangguhkan.
5. Pengetua/Guru Besar dan beberapa orang Penolong Kanan/guru perlu hadir ke sekolah pada awal pagi untuk memastikan kelicinan urusan cuti pada hari esok.
6. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara di atas boleh berhubung dengan Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD berkenaan.
Sekian untuk makluman.
Tk. Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 28 September 2015 mendapati dua buah negeri iaitu Johor dan Melaka menunjukkan bacaan IPU Yang Tidak Sihat (IPU 101-200) dan
Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300).
 
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor dan Melaka perlu ditutup pada 29 September 2015 (Selasa). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.
 
Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang murid di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang murid di Melaka.
 
Sekian dimaklumkan.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia
28 September 2015

Ahad, 27 September 2015

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT DAERAH MERSING 2015

Reaksi :  
Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing bersama JKD Kajian Tindakan Daerah akan mengadakan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Daerah Mersing bagi tahun 2015 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Oktober 2015 (Sekolah Rendah) 
: 7 Oktober 2015 (Sekolah Menengah) 
Tempat : Bilik wawasan, PPD Lama 
Masa : 8:00 pagi hingga 02.00 petang 
Pendaftaran : 07:30 pagi hingga 08:00 pagi

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Terima kasih


Lampiran :
Kaj_Tind_1.jpg
Kaj_Tind_2.jpg

DATA KEHADIRAN MURID JANUARI HINGGA SEPTEMBER 2015

Reaksi :  
Assalammualaikum wr, Salam Sehati sejiwa

Bersama-sama ini disertakan data kehadiran murid sekolah bagi Bulan Januari hingga September 2015. Mohon kerjasama pihak sekolah untuk menyemak data berkenaan untuk dimurnikan.

Data kehadiran murid ini boleh diupdate melalui APDM Kehadiran murid.

Sekian Terima Kasih.


Lampiran : 

Data_Kehadiran.rar

Penghargaan Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.9 Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan/Puan Pengetua dan Guru Besar, Pegawai dan warga PPD Mersing seluruhnya kerana telah memberikan khidmat dan kerjasama yang baik menjayakan Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 9 Tahun 2015 pada 27 Sept. 2015 di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Waktu mengurus kita agak terhad dan terbatas namum usaha dan kerja keras rakan-rakan yang bekerja di belakang tabir amat kami sanjungi.
Semangat bekerjasama, ringan tulang, sikap kesegeraan, sikap responsif, dedikasi, ikhlas diharapkan akan terus menjadi asas kepada budaya kerja kita di semua peringkat.
Sebarang kekurangan yang berlaku secara sedar ataupun tidak, kami mohon maaf dan amat dikesali.. Cadangan penambahbaikan amat diharapkan.

Bahan DP dan Rumusan Awal DP Bil 9 telah dihantar ke alamat email moe semua pegawai dan bahanakademikmg@gmail.com utk makluman dan tindakan segera rakan-rakan.

Tk. Ya..