* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 31 Oktober 2015

Guru perlu dilatih jayakan MBMMBI

Reaksi :  

Program HIP dan DLP

Reaksi :  

Jumaat, 30 Oktober 2015

Pelajar disaran kuasai pelbagai bahasa

Reaksi :  

Guru tersentuh didakwa tidak faham PBS

Reaksi :  

Kaji perluaskan jawatan pembantu guru

Reaksi :  

Khamis, 29 Oktober 2015

Maklumat Ibubapa/Penjaga Bagi Program Tuisyen SPM YPJ 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sedang mengumpul maklumat ibubapa/penjaga pelajar-pelajar yang mengikuti Program Tuisyen SPM YPJ.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diharapkan dapat melengkapkan maklumat ibubapa/penjaga (seperti format di lampiran)
Maklumat yang telah lengkap, hendaklah dihantar ke alamat email hikmahypj@yahoo.com sebelum atau pada 12 November 2015 (Khamis).

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat JPNJ_Maklumat Ibubapa.pdf

KENYATAAN MEDIA PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2015

Reaksi :  

SOAL SELIDIK BAGI KAJIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN BERKENAAN AKSES KEPADA APLIKASI HRMIS DARIPADA SEPTEMBER 2015 SEHINGGA KINI
“Pada tahun 2015, pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) & Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat sekolah melalui sistem HRMIS. Kemuncak pelaksanaan tersebut bermula pada September 2015 sehingga kini didapati banyak aduan dari kakitangan sekolah berkenaan masalah akses kepada sistem HRMIS. Untuk makluman, masalah akses kepada sistem HRMIS boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dari peringkat pengguna sistem sehingga aplikasi HRMIS. Faktor-faktor seperti masalah infrastruktur atau talian yang digunakan diperingkat sekolah, kediaman, dan lain-lain tempat, masalah peranti atau peralatan ICT yang digunakan dan waktu puncak akses kepada aplikasi HRMIS menyumbang kepada gangguan akses secara keseluruhan.
Sehubungan itu, soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah akses kepada sistem HRMIS bagi membolehkan penambahbaikan segera ke atas masalah tersebut dapat dilakukan oleh pihak yang berkaitan untuk menjamin keselesaan penggunaan.
Bagi kajian ini, responden adalah daripada kakitangan sekolah  dengan mengambil kira pengalaman akses (user experience) kepada aplikasi HRMIS bermula pada September 2015 sehingga kini.”
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk menjawab soal selidik tersebut melalui pautan seperti berikut:
[Perhatian : Pautan kaji selidik akan diaktifkan mulai 27 Oktober 2015 hingga 06 Nov.2015]
Rabu, 28 Oktober 2015

Inisiatif Penjajaran Tugas Guru

Reaksi :  

Selasa, 27 Oktober 2015

Peringatan : Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa Pentaksiran Sekolah (PS) perlu dilaksanakan di semua sekolah sebagai salah satu daripada elemen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Bagi Sekolah Rendah pelaksanaan KSSR dan PBS telah berjalan di tahun 1,2 3,4 dan 5 (2011, 2012,2013,2014,2015) Manakala di Sekolah Menengah, PBS telah dilaksanakan di Tingkatan 1,2 dan 3 (2012,2013,2014).

Sehubungan itu, bagi memastikan pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) berjalan dengan baik, berikut disertakan bahan penataran Pentaksiran Sekolah (PS) untuk pembugaran semula perkara berkenaan di semua peringkat.

Dokumen yang sama juga telah dihantar ke email bahanakademikmg@gmail.com

Wassalam.

Lampiran :
INSTRUMEN_PS_modify.pdf
Penataran PS
Isnin, 26 Oktober 2015

TIndakan Segera : Kutipan Data ICT Bestari Sekolah2 DaerahMersing 2015

Reaksi :  

TINDAKAN SEGERA : KUTIPAN DATA ICT BESTARI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING 2015
 
Tindakan       : Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT / Guru Admin VLE / Juruteknik Komputer FT17 Dan Guru-guru Lain Yang Berkenaan
Tarikh : 26-10-2015
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat :
Assalamualaikum wbrkth.

Merujuk perkara di atas, kerjasama tuan-tuan adalah dikehendaki untuk melengkapkan dan mengemaskini segala butiran data yang berkaitan ICT sekolah tuan-tuan dalam Google Sheet sepertimana pautan yang diberikan.

2. Mohon tuan-tuan dapat melengkapkan dengan data terkini seberapa segera dan selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2015.

Sekian. Kerjasama tuan-tuan didahulukan dengan ribuan terima kasih.



Link : http://ow.ly/TPg2K



MAKLUMAN PENTING : UJIAN LITERASI DIGITAL ICT SECARA ONLINE DAERAH MERSING 2015 - SENARAI NAMA GURU YANG TERPILIH DAN TARIKH TAKLIMAT UJIAN
 
Tindakan       : Tuan Pengetua / Guru Besar 26 Buah Sekolah-sekolah Yang Berkenaan
Tarikh : 26-10-2015
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat :
Assalamualaikum wbrkth


Tuan,

PELAKSANAAN UJIAN LITERASI DIGITAL ICT SECARA ONLINE DAERAH MERSING 2015

Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :


Tarikh : 28 OKTOBER 2015 ( RABU )
Masa : 2.15 ptg – 5.00 ptg
Tempat : BILIK MESYUARAT PPD MERSING


2. Sehubungan dengan itu, guru-guru daerah Mersing yang telah terpilih (Sila rujuk Lampiran Senarai Nama di pautan di bawah ) oleh pihak BPG KPM untuk menduduki Ujian Literasi tersebut diminta hadir ke taklimat pelaksanaan ujian tersebut.

3. Sebarang pertanyaan , sila hubungi En. Azman bin Yusof, Pegawai Penyelaras ujian ini di PPD Mersing ditalian 019-9600120.

4. Surat rasmi panggilan telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih..
Sekian.
Lampiran 1 :   Senarai_GURU2_Mersing_Ujian_Digital_Literacy_2015.xlsx
Ahad, 25 Oktober 2015

Landskap : Dasar Pentaksiran Baharu

Reaksi :