* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 20 Januari 2016

DIALOG PRESTASI PPD MERSING BIL.1 TAHUN 2016 (Aktiviti di bawah Program Transformasi Daerah)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Januari 2016 (Khamis)
Masa :
8.00 pagi- 8.15 pagi (Pendaftaran)
8.15 pagi - 10.00 pagi (Dialog Prestasi)

10.00 pagi - 10.30 pagi (Minum Pagi)
10.30 pagi - 1.00 tgh. (Dialog Prestasi)
1.00 tgh. (Makan Tengahari dan bersurai)

Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing

Sasaran : 
Pegawai-Pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar

(Kehadiran adalah wajib)

Fokus :
- Kualiti Guru : Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (SKPM Std.4) 2015

- Kualiti Guru : Status Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 Tahun 2016
- Keberadaan Guru

- Kehadiran Murid
- Disiplin Murid
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta membawa salinan lembut atau salinan keras dokumen berikut semasa menghadiri dialog berkenaan :


1. Analisa Pencapaian Kualiti Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 2015 berdasarkan instrumen Std.4 SKPM 2010.
2. Pelan Tindakan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 Tahun 2016.
3. Maklumat Keberadaan Guru Tahun 2015 dan Januari 2016.
4. Maklumat Kehadiran Murid Tahun 2015 dan Januari 2016.
5. Maklumat Disiplin Murid Tahun 2015 dan Januari 2016.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan DP

0 komen ::

Catat Ulasan