* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 24 Februari 2016

Promosi Berterusan - Group Telegram PAK21 Mersing - Perluasan

Reaksi :  
Jom sertai group perbincangan profesional PAK21 Mersing di https://telegram.me/joinchat/AG--HD235s4hSE1CQIwE5Q
Berbakti dan berkhidmat pada zamannya...

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah..
Admin (Urus Setia PAK21 PPD Mersing) merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu mempromosikan group Telegram PAk21 Mersing kepada kenalan guru atau mana-mana individu yang di bawah kawalan masing-masing.
Kami amat terharu atas kebersamaan dan komitmen tersebut.
Terima kasih..

Utk pengetahuan tuan/puan.,
group tsb. telah diwujudkan pada 6 April 2015... penyertaan pada masa itu hanya dihadkan kepada pegawai akademik ppd mersing dan PGB sekolah-sekolah rintis PAK21..
Pada tahun ini, Mersing telah mengorak langkah utk memperluaskan PAK21 ini ke semua sekolah...Sekolah Rintis PAK21 yang sediada akan menjadi Sekolah Model PAK21 (Mersing Showcase)

Antara objektif utama diwujudkan group tsb ialah untuk memperkasakan media penyampaian PAK21 di daerah Mersing disamping sistem penyampaian sediada melalui blog, portal, email, whatsapp, edaran cetakan keras, cetakan lembut dll...
Kita sedar dan tahu bahawa kecairan boleh berlaku di mana-mana... ia satu perkara yang di luar kawalan personal kita sebagai manusia..
Admin mengharapkan dengan adanya group ini, ia boleh mengimarahkan lagi budaya ilmu dan perbincangan profesional dua hala antara ahli group..

Tambahan pula, cabaran besar kewangan pada tahun ini amat membataskan pergerakan pegawai/guru dan pelaksanaan aktiviti.. Group tsb adalah langkah kontingensi kepada risiko tersebut..

Banyak perkongsian dan pendedahan akan dibuat dalam group tsb secara terus kpd kumpulan sasar bagi memastikan pembudayaan PAK21 berlaku dalam P&P semua guru. Insya Allah..
Harapan besar ialah semua pentadbir sekolah, semua guru dapat menyertai group ini.. ia akan melancarkan sistem penyampaian kita...

Taklimat Dalam Talian tentang Perluasan PAK21 (Mersing Showcase) bakal dilaksanakan...dan group ini akan menjadi platform utamanya... tarikh, masa akan ditentukan kemudian.
Surat rasmi juga bakal menyusul bagi tujuan tersebut..
Kita doakan semuga usaha ini dipermudahkan dan disambut dengan hati dan tindakan yang positif.
TINDAKAN SE ALIM KATA.

0 komen ::

Catat Ulasan