* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 29 Mei 2016

MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN PK05-2 PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing sedang mengumpulkan Maklum Balas Perkhidmatan PK05-2 Pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP) bagi Laporan Setengah Tahun Pertama 2016.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diharapkan dapat melengkapkan maklum balas tersebut di pautan Maklum Balas Perkhidmatan PK05 atau di laman 1Stop Data Center Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebelum 31 Mei 2016.

Perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Daerah (DTP) adalah :

1. Bimbingan KPPD : PGB telah dilawati oleh KPPD dan dibimbing dalam pengurusan
sekolah.
2. Bimbingan SIPartner+ : SIPartner+ membuat bimbingan dan memberikan
khidmat nasihat dalam pengurusan sekolah
3. Bimbingan SISC+ Bahasa Melayu : SISC+ memberikan bimbingan dan khidmat
nasihat kepada guru-guru (Guru DiBimbing) di sekolah
4. Bimbingan SISC+ Bahasa Inggeris
5. Bimbingan SISC+ Matematik

Pengisian maklum balas adalah secara atas talian dan tuan/puan TIDAK PERLU
menghantar sebarang cetakan ke Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Tuan / puan dimohon mencetak borang maklum balas itu untuk simpanan sekolah sahaja.

Kaedah log in dan pengisian ke laman tersebut adalah seperti ketetapan sebelum ini di One Stop Data Centre JPN Johor.

Wassalam.

Lampiran : 
Maklum Balas Perkhidmatan PK05
1Stop Data Center Jabatan Pendidikan Negeri Johor

0 komen ::

Catat Ulasan