* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 15 Jun 2016

Minit Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor amat menitikberatkan kualiti dalam kerja buat warga pendidikan di semua peringkat sama ada di peringkat pengurusan profesional ataupun pelaksana di peringkat akar umbi.

Hasil daripada pemantauan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Johor ke sekolah-sekolah didapati ada beberapa kelemahan ketara dalam pengelolaan dan dokumentasi Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah.

Cabutan Minit Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 15 Tahun 2016 pada 12 Jun 2016 seperti berikut :

Perutusan Tuan Pengerusi :

1.8 Beliau memaklumkan hasil daripada pemantauan pihak JPNJ didapati Minit Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah adalah terlalu ringkas, hanya melaporkan tugasan ahli dan tiada ucapan Pengetua atau Guru Besar. Beliau mengharapkan agar minit mesyuarat agar minit mesyuarat sekolah dapat dikemaskini dengan baik.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati kiranya pihak sekolah dapat menambahbaikkan pengurusan berkenaan agar selari dengan objektif, KPI kerja buat pendidikan sejajar dengan hasrat yang telah dimuatkan dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakal)

Pemantauan tentang perkara berkenaan akan dibuat secara berterusan.

Wassalam...
Mersing Hebat.

0 komen ::

Catat Ulasan