* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Dengan segala hormat saya merujuk kepada surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA(I)S.177/22/1 Klt.10 (23) bertarikh 6 Jun 2016 mengenai perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2017. 

3.         Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang berminat boleh  melayari Portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.myuntuk mengetahui tentang syarat-syarat dan tatacara permohonan. Borang permohonan hendaklah diisi secara atas talian yang mula dibuka pada 10 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016.  Borang permohonan yang telah lengkap  diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak serta disertakan dengan dokumen-dokumen yang dinyatakan di para 5(ii) dan para 7(iii)(a) seperti di LAMPIRAN 1 surat pelawaan JPA dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C).

4.         Kesemua dokumen ini hendaklah dikemukakan sebanyak empat (4) salinan. Borang JPA(L) LDP 1A/96 (LAMPIRAN B) akan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM.

5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 23 Jun 2016 (Khamis) sebelum jam 5.00 petangkepada:

           Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
           Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

6.         Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/ Dato’/Datin/tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

            6.1       Puan Paridah Binti Ali
                        Tel       : 03-8884 7947
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : paridah.ali@moe.gov.my

            6.2    Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
                     Tel          : 03-8884 7943
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : danial.suhaimi@moe.gov.my

7.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/  puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

0 komen ::

Catat Ulasan