* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 15 Jun 2016

TAKLIMAT PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN : PIALA CABARAN CYBERSAFE 2016 ( NICTSED 2016)

Reaksi :  
Tuan Pengetua dan Guru TMK/ICT Sekolah-sekolah Menengah

1.SMSSI
2.SMKUH
3.SMKM
4.SMKN dan
5.SMKAB

Assalamualaikum wbrkth. 

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan menganjurkan Pertandingan Wacana Keselamatan TMK Kebangsaan � Piala Cabaran CyberSAFE 2016 (National ICT Security Discourse: CyberSAFE Challenge Trophy) (NICTSeD)2016.

2. Tuan -tuan adalah dijemput untuk satu taklimat berkenaan dengan pertandingan tersebut yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Hari / Tarikh : RABU / 15 JUN 2016
Masa :2.30 PTG
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Mersing.


3. Sehubungan dengan itu, segala bahan-bahan untuk taklimat tersebut termasuk syarat-syarat penyertaaan dan maklumat lanjut mengenai NICTSeD2016 boleh diakses dan dilihat terlebih dahulu di url www.cybersafe.my/en/nictsed

4. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi En. Azman Yusof di Unit Teknologi dan Maklumat, PPD Mersing ditalian 07-7991269.

Sekian makluman. Terima kasih


** Sekolah-sekolah menengah yang tidak tersenarai, tetapi berminat untuk menyertai pertandingan, dialu-alukan untuk hadir sama.

Perlu turut hadir :
1.Ketua Unit Pengurusan Kurikulum, PPD Mersing
2.Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan. PPD Mersing
3.Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bandar Mersing
4.Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau 


http://www.cybersafe.my/en/nictsed

0 komen ::

Catat Ulasan