* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 25 Februari 2016

Jom sertai group telegram Pend. Jasmani dan Pend. Kesihatan (Men) - Mersing

Reaksi :  

Jom sertai Group Guru PJPK Men - Mersing https://telegram.me/joinchat/AG--HAjHb39G0CDecX0gew

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, perjalanan tahun 2016 terus berlalu tanpa undur ke belakang..
Admin (Wan Nadzri Wan A.Rahman, PPPD Kurikukum) mengalu-alukan penyertaan guru-guru Pend.Jasmani dan Pend. Kesihatan Sekolah Men.Daerah Mersing...

Jadikanlah platform ini sebagai medan perbincangan profesional, perkongsian dua hala bagi peningkatan profesional kita..Insya Allah...

Taklimat dan perkongsian akan banyak dibuat melalui platform memandangkan kekangan kew sekarang yg menghadkan perjumpaan dan pergerakan pegawai dan juga guru..

Sehubungan itu, group diwujudkan bagi pelan kontingensi risiko berkenaan.
Wassalam.
Rabu, 24 Februari 2016

Promosi Berterusan - Group Telegram PAK21 Mersing - Perluasan

Reaksi :  
Jom sertai group perbincangan profesional PAK21 Mersing di https://telegram.me/joinchat/AG--HD235s4hSE1CQIwE5Q
Berbakti dan berkhidmat pada zamannya...

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah..
Admin (Urus Setia PAK21 PPD Mersing) merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu mempromosikan group Telegram PAk21 Mersing kepada kenalan guru atau mana-mana individu yang di bawah kawalan masing-masing.
Kami amat terharu atas kebersamaan dan komitmen tersebut.
Terima kasih..

Utk pengetahuan tuan/puan.,
group tsb. telah diwujudkan pada 6 April 2015... penyertaan pada masa itu hanya dihadkan kepada pegawai akademik ppd mersing dan PGB sekolah-sekolah rintis PAK21..
Pada tahun ini, Mersing telah mengorak langkah utk memperluaskan PAK21 ini ke semua sekolah...Sekolah Rintis PAK21 yang sediada akan menjadi Sekolah Model PAK21 (Mersing Showcase)

Antara objektif utama diwujudkan group tsb ialah untuk memperkasakan media penyampaian PAK21 di daerah Mersing disamping sistem penyampaian sediada melalui blog, portal, email, whatsapp, edaran cetakan keras, cetakan lembut dll...
Kita sedar dan tahu bahawa kecairan boleh berlaku di mana-mana... ia satu perkara yang di luar kawalan personal kita sebagai manusia..
Admin mengharapkan dengan adanya group ini, ia boleh mengimarahkan lagi budaya ilmu dan perbincangan profesional dua hala antara ahli group..

Tambahan pula, cabaran besar kewangan pada tahun ini amat membataskan pergerakan pegawai/guru dan pelaksanaan aktiviti.. Group tsb adalah langkah kontingensi kepada risiko tersebut..

Banyak perkongsian dan pendedahan akan dibuat dalam group tsb secara terus kpd kumpulan sasar bagi memastikan pembudayaan PAK21 berlaku dalam P&P semua guru. Insya Allah..
Harapan besar ialah semua pentadbir sekolah, semua guru dapat menyertai group ini.. ia akan melancarkan sistem penyampaian kita...

Taklimat Dalam Talian tentang Perluasan PAK21 (Mersing Showcase) bakal dilaksanakan...dan group ini akan menjadi platform utamanya... tarikh, masa akan ditentukan kemudian.
Surat rasmi juga bakal menyusul bagi tujuan tersebut..
Kita doakan semuga usaha ini dipermudahkan dan disambut dengan hati dan tindakan yang positif.
TINDAKAN SE ALIM KATA.
Isnin, 22 Februari 2016

Group Telegram PAK21 Mersing - Perluasan

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah..

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami berbesar hati menjemput rakan-rakan guru daerah Mersing menyertai group telegram PAK21 Mersing di https://telegram.me/joinchat/AG--HAEO5g58jOhIGetiCQ

Usaha ini bagi merancakkan lagi perkongsian dan memantapkan sistem penyampaian (Tabligh) PAK21 Mersing.

Sehubungan itu juga, pihak sekolah diharapkan dapat memanjangkan mesej ini kepada semua warga guru.
Wassalam..

PROGRAM KEMPIMPINAN MUDA PELAJAR TINGKATAN 4 YPJ 2016

Reaksi :  

TINDAKAN SEGERA PROGRAM KEMPIMPINAN MUDA PELAJAR TINGKATAN 4 YPJ 2016



Tuan Pengetua / Kaunselor Pelajar Bagi Sekolah2 SMSM, SMKM, SMAAM, SMKAB, SMKUH, SMKFTA, SMKSTAR Dan SMKN


22-02-2016


KURIKULUM


En. Azman Bin Yusof





Assalamulaikum wbrkth.

Sukacita dimaklumkan, program tersebut yang terbuka kepada Pengawas-pengawas sekolah Tingkatan 4 akan dilaksanakan pada 1 – 3 Mac 2016 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan (PKPI) YPJ , Sekakap, Mersing.

2. Pihak kami, telahpun mendapat senarai 33 orang pelajar yang terpilih untuk mengikuti program tersebut dari sekolah-sekolah yang terlibat dengan kerjasama dari Pengetua dan Kaunselor Pelajar sekolah-sekolah yang berkenaan. 7 orang lagi penerima Biasiswa Dato Onn ( sila rujuk lampiran ) dari SMK Mersing dipilih sendiri oleh pihak YPJ sendiri dan wajib menyertai program tersebut.

3. Sila muaturun semua lampiran berkaitan program tersebut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan kepada lampiran-lampiran yang disertakan seperti surat panggilan program dari YPJ, JPNJ, surat kebenaran ibubapa dan lain-lain.

4. Sila ambil perhatian juga, bahawa pengangkutan pergi dan balik dari rumah/ sekolah ke pusat program pada tarikh-tarikh yang berkenaan adalah dibawah sekolah masing-masing atau ibubapa pelajar. Pihak YPJ/ JPNJ tidak menyediakan sebarang kemudahan pengangkutan.

5. Untuk makluman, pihak YPJ telah melantik 2 orang Kaunselor Pelajar Sekolah2 Mersing yang akan bertindak sebagai Fasilitator dan juga Guru Pengiring pelajar-pelajar daerah Mersing sepanjang tempoh program tersebut. Mereka ialah Cik Nurhidayah bt Yahya – SMKFTA dan En. Amri bin Raso – SMKN.

6. Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan program tersebut, sila hubungi Ustaz Wan Nadzri bin Wan Abdul Rahman (019-7193748) , Ketua Unit Akademik. PPD Mersing atau En. Azman bin Yusof di talian 019-9600120.

Sekian makluman. Terima kasih.




PROGRAM_KEPIMPINAN_MUDA.pdf


PPD_MERSING___SENARAI_PELAJAR_T4_PROG_PEMIMPIN_MUDA_YPJ_2016.xlsx


BORANG_KEBENARAN_IBUBAPA.pdf
*PEMBERITAHUAN - PORTAL KPM*

22 February 2016
Adalah dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah menerima banyak pertanyaan mengenai tarikh berkaitan dengan permohonan atas talian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi tahun 2016 untuk lepasan SPM seperti yang tersebar di media sosial sejak Disember 2015.

Sehubungan dengan itu, sehingga kini IPGM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman mengenai tarikh-tarikh yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke IPG secara atas talian bagi tahun 2016.

Sebarang maklumat rasmi hanya akan disebarkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terima kasih.
Muat turun - Memo Penafian Mengenai Tarikh Kemasukan ke IPG
http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004411.pdf
Ahad, 21 Februari 2016

Bahan Taklimat Perluasan PAK21 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan bahan taklimat berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah..

Wassalam..

Lampiran :
PAK21_2016_KLUANG_EDITED.pdf
TALKING_POINT_TPPJ.pdf
Amalan Terbaik SK Seri Saujana
Amalan Terbaik SMK Laksamana