* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 18 Mei 2016

IKLAN PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

Reaksi :  
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan melaksanakan Kursus NPQEL bagi ambilan 2017. Sehubungan dengan itu, IAB membuka permohonan Program NPQEL tahun 2017 mulai 14 April 2016 hingga 30 Jun 2016 melalui http://aplikasi.iab.edu.my/npqel

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada pegawai IAB, En Azhan bin Ahmad di talian 06-7979374/06-7979377 atau email azhan.ahmad@iab.edu.my.

Sekian, terima kasih.


Lampiran :
http://aplikasi.iab.edu.my/npqel
Isnin, 16 Mei 2016

PENGISIAAN DATA ADAPS KALI PERTAMA TAHUN 2016.

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara diatas adalah dirujuk.

Mohon kerjasama penyelaras data ADaPs agar dapat memasukan data Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran sebelum 31 Mei 2016

Sila hubungi En. Mahadi bin Mohamad ditalian 07-7996728 untuk pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALIME GURU SEJARAH MEN. ATAS SEKOLAH MENENGAH - SPM

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama JKD Sejarah (Men) Daerah Mersing akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Mei 2016 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Wawasan PPD Lama
Sasaran : Guru MP sejarah Men. Atas
(dua org setiap sekolah)

SILA BAWA BUKU TEKS SEJARAH TING. 4 DAN 5

Wassalam.

Lampiran :
Bengkel_Guru_Sejarah_SPM_1.pdf

SENARAI BAHAN BACAAN TAMBAHAN UNTUK PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2016

Reaksi :  
Berikut adalah Senarai Bahan Bacaan Tambahan 2016 yang telah diperaku untuk sekolah-sekolah yang ingin membuat pemesanan bahan bacaan tambahan menggunakan geran per kapita (PCG) masing-masing. Sila hubungi urus setia di Bahagian Teknologi Pendidikan di talian 03-20817777 atau faks di 03-20817788 atau e-melurusetia_jpps@moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

Lampiran :
BAHAN BACAAN TAMBAHAN UNTUK PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2016

PROMO PENGURUSAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

Reaksi :  


Promosi Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah
a.       Sekolah diminta untuk memuat turun poster versi PDF dan slaid.
b.       Poster boleh dicetak untuk diletakkan di papan notis di sekolah.
c.      Slaid boleh digunakan dalam perhimpunan dan program di mana Pengetua / Guru Besar boleh berkongsi mengenai aspek keselamatan dalam kalangan murid di sekolah.

Poster dan slaid boleh dimuat turun di bawah.

SERTAI PERADUAN #TERIMAKASIHCIKGU2016

Reaksi :  


PERUTUSAN HARI GURU 2016

Reaksi :  
Perutusan KPPM Untuk Hari Guru 2016

TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

TEMA:
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS NPQEL

Reaksi :  
Tuan/ puan yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi mengikuti Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) tahun 2017 telah dibuka mulai 14 April 2016 hinggga 30 Jun 2016 melalui http://aplikasi.iab.edu.my/npqel atau klik di SINI
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada En. Azhan bin Ahmad di talian 06-7979374/ 06-7979377 atau emel azhan.ahmad@iab.edu.my
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 NPQEL (Surat)

Sumber : Portal JPN Johor

Program Jauhar Youth Leadership Camp Untuk Kali 2 Bagi Daerah Mersing Tahun 2016

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

u.p. Semua Pengetua SBP, SMK dan SABK Daerah Mersing
...................
Surat JPNJ.SPA(05)/600-10/2/3 Jld2 (36) bertarikh 10 Mei 2016 adalah berkaitan dan dirujuk.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Johor akan mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17-19 Mei 2016 (Selasa - Khamis)
Tempat : Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap Mersing
Sasaran : Kepimpinan Pelajar Sekolah (Tingkatan 4)

Butiran lanjut boleh dirujuk kepada dokumen yang dilampirkan bersama-sama hebahan ini.
Wassalam.

Lampiran :
Jauhar_Leadership_Camp.pdf