* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

MUATURUN SURAT SIARAN BPM BIL 1 TAHUN 2017 : PENGGUNAAN EMEL 1GOVUC SEBAGAI EMEL RASMI KPM
 
Tindakan      :Tuan-tuan Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Mersing
Tarikh:08-03-2017
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:

Surat Siaran BPM Bil 1 tahun 2017 : Penggunaan Emel 1GovUC sebagai emel rasmi KPM

Assalamualaikum wbkth
Salam Sejahtera
Salam Muafakat Johor


Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Bahagian Pengurusan Maklumat bil 1 tahun 2017 berkaitan Penggunaan Emel 1GOVUC sebagai emel rasmi bagi semua warga KPM termasuk di KPM/JPN/PPD/Sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, semua warga pendidikan DIWAJIBKAN menggunakan emel rasmi yang diberikan untuk semua urusan rasmi. Bagi melancarkan urusan pengendalian dan pentadbiran 1GovUC, JPN/PPD/Sekolah diminta melantik seorang Pentadbir Unified Communication untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana peranan yang disenaraikan dalam Lampiran A.

3. Semua pengguna emel diminta mengambil tindakan sewajranya supaya penggunaan emel 1GovUC dipatuhi.


Sekian, terima kasih.

"SEHATI SEJIWA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahariah binti Temu
Ketua Sektor Pengurusan Maklumat
Jabatan Pendidikan Johor
Lampiran 1:  Surat_Cover_JPNJ.pdf
Lampiran 2:  Surat_Siaran_BPM_bil_1_tahun_2017.pdf
MUATURUN ; SURAT PANGGILAN RASMI KE MAJLIS PENGAGIHAN PELAN DATA GURU DAN PERANTI ALTITUDE YES 4G DAN TAKLIMAT DARI YTL BAGI ZON 2 NEGERI JOHOR 2017
 
Tindakan      :Pengetua / Guru Besar Bagi 22 Buah Sekolah2 4G Daerah Mersing
Tarikh:05-03-2017
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat: Assalamualaikum wbrkth

Tuan,

Merujuk kepada makluman awal bagi perkara yang sama sebelum ini, sukacita dimaklumkan, tuan-tuan boleh memuaturun surat tersebut di pautan lampiran di bawah untuk makluman dan tindakan seterusnya.

2. Berikut ialah aturcara yang dipaparkan semula bagi majlis tersebut sebagaimana yang diberikan oleh pihak YTL kepada JPN Johor

MAJLIS PENGAGIHAN PELAN DATA GURU DAN PERANTI YES NEGERI JOHOR 2017
Aturcara Program
Masa Aturcara
7.30am Pendaftaran
8.00am Ketibaan VVIP
8.05am Nyanyian Lagu Rasmi
8.10am Bacaan Doa
8.15am Ucapan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor
8.20am Ucapan wakil YTL Communications Sdn. Bhd.
8.30am Ucapan Perasmian VVIP
8.45am Sesi Agihan Peranti
9.10am Taklimat Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP/PMO)
9.50am Taklimat Pengguna Altitude (YTL)
10.40am Sesi soal jawab
11.00am Taklimat Proses Agihan oleh YTL Communications Sdn. Bhd.
11.15am Agihan Peranti
1.00pm Bersurai


Sekian. Terima Kasih.
Lampiran 1:  SEKOLAH_PPD_MERSING.pdf
Lampiran 2:  Surat_Zon_2_(KU,_PT,_KT,_MG).pdf