* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................


MUATURUN : PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGURUSAN PERANTI SMARTPHONE ALTITUDE PERINGKAT SEKOLAH
 
Tindakan      :Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru Penyelaras ICT
Tarikh:14-03-2017
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:

Assalamualaikum wbrkth

Merujuk perkara di atas, tuan-tuan boleh muaturun POS dalam format .zip di pautan di bawah untuk rujukan dan tindakan dalam pengurusan peranti tersebut.

Sekian. Terima Kasih.

Lampiran 1:  SOP_PENGURUSAN_ALTITUDE.zip

MUATURUN SURAT SIARAN BPM BIL 1 TAHUN 2017 : PENGGUNAAN EMEL 1GOVUC SEBAGAI EMEL RASMI KPM
 
Tindakan      :Tuan-tuan Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Mersing
Tarikh:08-03-2017
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:

Surat Siaran BPM Bil 1 tahun 2017 : Penggunaan Emel 1GovUC sebagai emel rasmi KPM

Assalamualaikum wbkth
Salam Sejahtera
Salam Muafakat Johor


Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Bahagian Pengurusan Maklumat bil 1 tahun 2017 berkaitan Penggunaan Emel 1GOVUC sebagai emel rasmi bagi semua warga KPM termasuk di KPM/JPN/PPD/Sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, semua warga pendidikan DIWAJIBKAN menggunakan emel rasmi yang diberikan untuk semua urusan rasmi. Bagi melancarkan urusan pengendalian dan pentadbiran 1GovUC, JPN/PPD/Sekolah diminta melantik seorang Pentadbir Unified Communication untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana peranan yang disenaraikan dalam Lampiran A.

3. Semua pengguna emel diminta mengambil tindakan sewajranya supaya penggunaan emel 1GovUC dipatuhi.


Sekian, terima kasih.

"SEHATI SEJIWA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahariah binti Temu
Ketua Sektor Pengurusan Maklumat
Jabatan Pendidikan Johor
Lampiran 1:  Surat_Cover_JPNJ.pdf
Lampiran 2:  Surat_Siaran_BPM_bil_1_tahun_2017.pdf
MUATURUN ; SURAT PANGGILAN RASMI KE MAJLIS PENGAGIHAN PELAN DATA GURU DAN PERANTI ALTITUDE YES 4G DAN TAKLIMAT DARI YTL BAGI ZON 2 NEGERI JOHOR 2017
 
Tindakan      :Pengetua / Guru Besar Bagi 22 Buah Sekolah2 4G Daerah Mersing
Tarikh:05-03-2017
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat: Assalamualaikum wbrkth

Tuan,

Merujuk kepada makluman awal bagi perkara yang sama sebelum ini, sukacita dimaklumkan, tuan-tuan boleh memuaturun surat tersebut di pautan lampiran di bawah untuk makluman dan tindakan seterusnya.

2. Berikut ialah aturcara yang dipaparkan semula bagi majlis tersebut sebagaimana yang diberikan oleh pihak YTL kepada JPN Johor

MAJLIS PENGAGIHAN PELAN DATA GURU DAN PERANTI YES NEGERI JOHOR 2017
Aturcara Program
Masa Aturcara
7.30am Pendaftaran
8.00am Ketibaan VVIP
8.05am Nyanyian Lagu Rasmi
8.10am Bacaan Doa
8.15am Ucapan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor
8.20am Ucapan wakil YTL Communications Sdn. Bhd.
8.30am Ucapan Perasmian VVIP
8.45am Sesi Agihan Peranti
9.10am Taklimat Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP/PMO)
9.50am Taklimat Pengguna Altitude (YTL)
10.40am Sesi soal jawab
11.00am Taklimat Proses Agihan oleh YTL Communications Sdn. Bhd.
11.15am Agihan Peranti
1.00pm Bersurai


Sekian. Terima Kasih.
Lampiran 1:  SEKOLAH_PPD_MERSING.pdf
Lampiran 2:  Surat_Zon_2_(KU,_PT,_KT,_MG).pdf


 
Tindakan      :Tuan Pengetua / Guru Besar Bagi 22 Sekolah-sekolah 4G Daerah Mersing Yang Tersenarai
Tarikh:28-02-2017
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:
JBA4001SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING
JBA4004SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANTAI
JBA4006SEKOLAH KEBANGSAAN TENGLU
JBA4008SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG
JBA4009SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAGA ENDAU
JBA4012SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR ENDAU
JBA4015SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT AIR TAWAR
JBA4016SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK LIPAT
JBA4023SEKOLAH KEBANGSAAN PENYABONG
JBA4027SEKOLAH KEBANGSAAN MERSING KANAN
JBB4014SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING
JBC4001SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHIAO CHING
JBC4002SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KG HUBONG
JBC4004SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PAI CHEE
JBD4021SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) MERSING
JCT4001SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU MERSING
JEA4035SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERSING
JEA4038SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANJUNG BATU
JEB4044SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MERSING
JEB4045SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAI CHEE
JFT4001SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH
JRA4001SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR

Assalamualaikum wbrkth.

Tuan,

Dengan segala hormatnya bahawa perkara di atas adalah dirujuk

2.Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan YTL Communications Sdn. Bhd. akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut:-

TARIKH: 06 MAC 2017 ( ISNIN )
MASA: 7.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
TEMPAT: SMK BUKIT BATU, KULAI

3.Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir ke majlis berkenaan dengan membawa bersama Guru Penyelaras ICT atau Guru Admin Frog VLE sekolah. Kehadiran adalah wajib dan tidak boleh diwakilkan. Sila bawa bersama cop nama dan cop rasmi sekolah untuk tujuan pengesahaan penerimaan peralatan. Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis berkenaan.

4.Makan dan minum akan disediakan sepanjang program. Pihak tuan/puan diminta berkongsi kenderaan kerana pihak tuan akan membawa pulang peranti YES 4G untuk sekolah masing-masing. Sila pastikan aspek keselamatan diambilkira semasa membawa pulang peranti berkenaan untuk diagihkan di peringkat sekolah.

Segala pertanyaan, sila hubungi pegawai kami, En. Isfandi Adi bin Ahmad di talian 07-2310181 atau emel isfandi.ahmad@moe.gov.my Semoga perkara ini mendapat perhatian tuan/puan yang sewajarnya.

5. Surat rasmi panggilan akan diedarkan kepada tuan-tuan setelah diterima daripada pihak JPN Johor.

Sekian makluman.


:
Sabtu, 14 Januari 2017

Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM

Reaksi :  
Ahad, 1 Januari 2017

Hari Pertama 2017

Reaksi :  
السلام عليكم ورحمة الله
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat kehidupan di dunia ini.
Peluang ini Allah tidak berikan kepada semua orang.
AlHamdulillah, kita adalah antara yang diberi peluang membuka lembaran tahun 2017 pada hari ini.

365 hari tahun 2016 telah berlalu dan hari ini adalah hari pertama untuk 365 hari kedepan ini di tahun 2017.
Pengalaman dan asam garam sepanjang tahun 2016, jadikan ia sebagai pengajaran dan panduan.
Sekiranya ada kebaikan yang telah dibuat, teruskan dan lipat ganda usaha ke arah itu.
Sekiranya ada keburukan, kealpaan dan dosa, masih ada ruang untuk bertaubat dan memperbaikinya.
Lupakan kerenah-kerenah lama. Tiada lagi masa yang dibazirkan untuk mengurus kerenah berbanding menguruskan pendidikan yang sebenarnya@sepatutnya.

Jom kita mulakan hari pertama 2017 ini dengan niat, semangat yang baharu, segala-segalanya yang baharu, penuh kehambaan dan kesyukuran.. Mulakan helaian pertama tahun 2017 ini dengan aroma yang positif dan bermakna untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.
Pangkat, jawatan, gelaran, ilmu, kepakaran, harta, nikmat yang kita kecapi pada hari ini bukan untuk dibangga-banggakan, bukan untuk dilagak-lagakkan, bukan untuk dipertontonkan, bukan untuk dijadikan bahan pameran…. tapi ia datang dengan satu tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan.

Perkara penting dalam menjaga keharmonian organisasi ialah mulakan DARI HATI KE HATI. Keikhlasan hati menjadi satu titik tolak awal yang paling utama dalam mencorakkan halatuju dan kerja buat seterusnya.
Kita bukan lagi hanya bekerja tapi berkhidmat. Berkhidmatlah sehabis daya sementara hidup masih ada.
Jadikan semua yang kita buat di dunia ini sebagai satu ibadah yang pastinya akan menjadi saksi baik atau jahat, juga bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Mulakan dengan satu penerapan di dalam hati bahawa KITA BOLEH TERIMA SEMUA ORANG.
Jauhi kerenah dan luka dalam yang boleh memusnahkan organisasi :

*      AX = S (Asalkan X, semuanya salah)
*      AX = B (Asalkan X, semuanya betul)
*      ASB (Aku Sahaja Betul)
*      PHD (Penyakit Hasad Dengki)
*      ATK (Aku Tak Kisah)
*      Bangau O Bangau (Salahkan orang lain walaupun ianya berpunca drpd kesilapan diri sendiri)
*      Semua sifat mazmumah (terkeji) yang boleh merosakkan diri dan organisasi.

Jadikan budaya ingat-ingat (Tazkirah) ingat-mengingat antara kita sebagai amalan yang positif.
Perkara Sunnah Tabligh dengan memperkasakan sistem penyampaian kita sehingga ke akar umbi. (Cepat-Tepat-Integriti-Ikhlas)
Amalkan khidmat secara berjemaah, bukan silo.
Amalkan ilmu kerana ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah.
……………………….

Sekadar ingatan Takzirah untuk Murabbi (Pendidik) :
-          Ehsan drpd sahabat.
1.       Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua maksiat, iaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.
2.       Kepada rakan guru, terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
3.       Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
4.       Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.
5.       Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat doa kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.
6.       Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
7.       Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.
8.       Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat doa yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
9.       "Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".
10.   Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
11.   Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
12.   Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
13.   Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.
14.   Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.

Moga Mersing akan terus berada di barisan hadapan..
MERSING HEBAT
_______________

Si Kerdil - Mersing
Sabtu, 24 Disember 2016

Teks Amanat Tahun Baharu 2017 oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Reaksi :  
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah.. sukacita dengan hormatnya kami diamanahkan untuk menyebarkan beberapa perkara berikut unttuk tindakan pihak sekolah :

1.  Teks Amanat Tahun Baharu 2017 oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.
   - Video Amanat PPJ : http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/videoppj.php
   - Teks Amanat PPJ : sila lihat lampiran.
2.  Langkah-Langkah Persediaan Sesi Persekolahan 2017.
   - Lihat lampiran.

PERHATIAN :

Semua perkara tersebut perlu disampaikan kepada semua entity yang di bawah bidang kuasa masing-masing..
Semua guru perlu diberikan pendedahan ini semasa perjumpaan atau sesi mesyuarat rasmi bersama-sama guru-guru sekolah spt Mesyuarat Profesional Sekolah dan diminitkan. Semua dokumen yang dilampirkan hendaklah dibacakan di depan semua guru untuk makluman dan tindakan seterusnya.
Pihak sekolah perlu memastikan tindak ikut dibuat sebaiknya berdasarkan amanat dan panduan persediaan sesi persekolahan tersebut disamping panduan, juga prosedur sediada yang telah dijelaskan dalam pekeliling atau surat siaran yang berkuat kuasa sekarang.
Wassalam..

MERSING HEBAT

Lampiran :
TEKS_AMANAT_AWAL_TAHUN_2017_PENGARAH_PENDIDIKAN_NEGERI_JOHOR.pdf
Langkah_langkah_Perlu_Persediaan.pdf
Ringkasan_Eksekutif_Langkah_Langkah.pdf
Khamis, 22 Disember 2016

Peringatan : Program Pembelajaran Efektif Bagi Sekolah-Sekolah Rintis PAK21 Daerah Mersing Tahun 2016

Reaksi :  
u.p.
PENGETUA ATAU GURU BESAR
SMK MERSING
SMK SRI MERSING
SMK NITAR
SMK ANJUNG BATU
SMK PAI CHEE
SMK (F) TENGGAROH
SMK TAN SRI ABDUL KADIR
SK TELOK LIPAT
SK SERI PANTAI
SJKC PAI CHEE
SK BANDAR MERSING
SK KEM ISKANDAR
SK PULAU SIBU
SK PULAU PEMANGGIL
SK PULAU TINGGI
SK PULAU AUR

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

AlHamdulillah, sekadar ingatan mesra tentang perkara di atas sebagaimana hebahan kami sebelum ini pada 16 November 2016.

Berikut ada sedikit pindaan lokasi pada 27 Disember 2016 (Selasa).
Perhatian kepada rakan-rakan guru di SMK Nitar dan SMK Sri Mersing.

LOKASI PROGRAM IALAH : DEWAN SMK MERSING

Manakala selebihnya adalah mengikut jadual dan lokasi sediada seperti hebahan sebelum ini.



Harap maklum. Wassalam.

Lampiran : 
Program Pemb.Efektif.pdf
Ahad, 18 Disember 2016

Peringatan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah 2017

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth, berikut disertakan surat siaran JPN Johor tentang perkara berkenaan..

Sayugia diiangtkan bahawa Pentaksiran Sekolah (PS) adalah satu komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu dilaksanakan dalam semua mata pelajaran. Sehubungan itu, kerjasama tuna/puan dimohon untuk memastikan semua guru Tahun 1 hingga Tahun 6 melaksanakan dan menguruskan PS mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pelaporan PS hendaklah disediakan dengan teratur untuk diserahkan kepada murid.

1. Bagi murid tahun 6, pelaporan PST6 hendaklah diserahkan semasa penyerahan slip keputusan UPSR tahun berkenaan.
2. Bagi murid tahun 1-5, pelaporan PS diserahkan pada setiap hujung tahun.

Sehubungan itu, pihak tuan perlu melengkapkan borang secara atas talian di 'One Stop data Centre' sebelum 28 Disember 2016.

Lampiran :
Pentaksiran_Sekolah_Thn_6.pdf
LPST6 One Stop Data Centre
Jumaat, 9 Disember 2016

Pemikiran Komputasional

Reaksi :  
Panduan pelaksanaan elemen pemikiran komputasional atau tmk dalam pdp kssr semakan 2017. Mesti diintegrasikan kepada semua subjek.

http://sumberpendidikan.com/2016/12/09/panduan-pelaksanaan-pemikiran-komputasional-tmk-dalam-pdp-bermula-2017/

Sertai telegram https://telegram.me/sumberpendidikan
Isnin, 5 Disember 2016

Lampiran 20 : Borang Penilaian Dialog Prestasi Bil. 12 Tahun 2016

Reaksi :  
DIALOG PRESTASI PPD MERSING BIL. 12 TAHUN 2016
5 Dis. 2016 (Isnin)
Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Pegawai PPD dan Guru Besar


Fokus : Kemenjadian Murid
ü  Prestasi UPSR 2016
ü  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
o   Pentaksiran Sekolah (PS)
o   Psikometrik (Psi)
o   PAJSK

Lampiran : 
Penilaian Dialog Prestasi
Ahad, 4 Disember 2016

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Bil. 3 Tahun 2016

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Disember 2016 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 ptg    
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Pakaian : Pakaian Rasmi
Agenda :
a.Doa
b.Perutusan Pengerusi
c.Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
d.Perkara-Perkara Berbangkit.
e.Pembentangan Pengurusan Akademik
f.Hal-hal lain.
g.Ucapan penangguhan dan bersurai

Sehubungan itu, semua pegawai PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar SMK, SBP, SABK, SK dan SJK dikehendaki hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Sehubungan itu juga setiap JKD yang telah dilantik sebelum ini perlu membawa dan membentangkan Perancangan Program JKD Tahun 2017.

Disamping itu, MGB dan MPSM dikehendaki turut kongsikan Program Pembangunan Akademik Anjuran MGB atau MPSM Tahun 2017.

Minit Mesyuarat dan Maklumbalas Minit Mesyuarat boleh diakses di alamat email bahanakademikmg@gmail.com, Telegram MPSM@Akademik_Mersing dan MGB@Akademik_Mersing.
Wassalam.

Lampiran :
surat_Mesy.JKD_Bil._3.pdf
Selasa, 22 November 2016

Keputusan UPSR 2016 - Daerah Mersing

Reaksi :  

Pengumuman Keputusan UPSR 2016 - Negeri Johor

Reaksi :  
17 Nov. 2016
Dewan Seminar JPN Johor

TAHNIAH ----

1. Gred Purata Sekolah Terbaik Sekolah Orang Asli
- SK Tanah Abang
- Gred purata : 2.64

2. Mencapai 100% Penguasaan dan GPS sekolah tidak melebihi 1.75
- SK Air Papan Mersing
- Tempat Ke - 7

- Gred Purata : 1.67









KEKOSONGAN JAWATAN PESYARAH GRED DG44 DAN DG48 DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Reaksi :  
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan Pesyarah Gred DG44 dan DG48 di Institut Aminuddin Baki. Justeru bagi mengisi jawatan berkenaan, pemohon perlu mengisi permohonan melalui online di http://aplikasi.iab.edu.my/menu/. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Disember 2016. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 06-7979329 / 324 / 305.

http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5619


TINDAKAN SEGERA : PENGAGIHAN PERBEKALAN PERANTI DONGLE YES 1BESTARINET FASA2 2016 KEPADA 23 BUAH SEKOLAH 4G DAERAH MERSING
 
Tindakan      :Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru Penyelaras ICT Bagi 23 Buah Sekolah-sekolah 4G Yang Tersenarai Di Bawah
Tarikh:21-11-2016
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:SMSSI
SMAAM
SMKUH
SMKPC
SMKM
SMSM
SMKAB
SKSP
SKSM
SRAB
SJKT
SJKCPC
SKBM
SKMK
SKTL
SKLE
SKBE
SKPAT
SK Penyabung
SK Teriang
SK Tenglu
SJKCCC
SJKCKH

Asslamualaikum wbrkth

Sukacita dimaklumkan bahawa perbekalan peranti Dongle YES Fasa 2 bagi sekolah tuan-tuan telah sedia untuk diambil di Unit ICT, PPD Mersing bermula hari ini.

2.Sila bawa bersama Cop Sekolah untuk membuat pengesahan penerimaan pada Borang Delivery Note.

3.Unit-unit Dongle yang diterima hendaklah diagihkan dan didaftarkan atas nama guru-guru penerima di dalam Borang Pengakuan Penerimaan Peranti yang perlu dikembalikan salinan asalnya kepada Unit ICT, PPD Mersing dengan kadar segera.

4.Untuk sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab di Unit ICT, PPD Mersing, ditalian 07-7991269.

Sekian makluman. Terima kasih.

Sabtu, 19 November 2016

Program Jelajah Komunikasi Kurikulum Persekolahan Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri Johor

Reaksi :  
u.p. Semua Pengetua Sekolah termasuk MRSM

Perkara di atas adalah dirujuk. Surat tuan JPNJ.SPA(05)/600-3/2/1 (76) bertarikh 17 November 2016 adalah berkaitan.

2. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama pejabat ini akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 November 2016 (Isnin)
Masa  :
8.00 pagi - Pendaftaran dan Sarapan Pagi
8.30 pagi – 1.00 ptg
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sekolah Menengah Daerah Mersing

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak sekolah dapat mengenalpasti guru-guru yang terlibat dan mengarahkan mereka hadir ke program berkenaan.
Wassalam.

Lampiran :

Pelantikan Penyelaras KSSM dan MPEI di Sekolah Menengah

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor sedang mengumpul maklumat Penyelaras KSSM dan MPEI Sekolah Menengah.

Sehubungan dengan itu, berikut dilampirkan surat JPNJ.SPA (05)/600-3/2/1 (45) bertarikh 10 November 2016 yang jelas menerangkan maksudnya yang tersendiri.

Sehubungan itu, pihak sekolah boleh mengisi borang yang dilampirkan dan menghantar terus ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan sesalinan ke PPD Mersing u.p. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum secara email atau saluran media komunikasi yang digunapakai sekarang.
Wassalam.

Lampiran :
KSSM-13112016101452.pdf
u.p.
Pengetua

SMK Mersing
SMK Sri Mersing
SMK Nitar
SMK (F) Tenggaroh

SMK Tan Sri Abdul Kadir

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Johor akan mengadakan kursus berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 - 22 November 2016 (Ahad-Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Hotel Katerina, Batu Paqhat, Johor.
Sasaran : Guru Penyelaras PAK21


Lampiran : 
1MPAK21_SM_20-22_NOV.pdf
Rabu, 16 November 2016

Program Pembelajaran Efektif Bagi Sekolah-Sekolah Rintis PAK21 Daerah Mersing Tahun 2016.

Reaksi :  
u.p.
PENGETUA ATAU GURU BESAR
SMK MERSING
SMK SRI MERSING
SMK NITAR
SMK ANJUNG BATU
SMK PAI CHEE
SMK (F) TENGGAROH
SMK TAN SRI ABDUL KADIR
SK TELOK LIPAT
SK SERI PANTAI
SJKC PAI CHEE
SK BANDAR MERSING
SK KEM ISKANDAR
SK PULAU SIBU
SK PULAU PEMANGGIL
SK PULAU TINGGI
SK PULAU AUR

PROGRAM PEMBELAJARAN EFEKTIF BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RINTIS PAK21 DAERAH MERSING (Aktiviti di bawah Program Transformasi Daerah)

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :



Sehubungan itu, tuan sendiri dan semua guru di sekolah tuan dikehendaki hadir dan turut serta dalam program berkenaan.
Wassalam..

Lampiran : 
Program Pemb.Efektif.pdf