* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 15 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-295 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-295 2018
21 Okt. 2018M
11 Safar 1440H

Ahad

Kehidupan kita ditakdirkan dalam keadaan yang berbeza.
Berbezanya kehidupan adalah mengikut pilihan Allah.
Pilihan Allah selalunya tepat walaupun kita memandangnya dengan persepsi yang sebaliknya.

Jangan minta untuk hidup yang mudah, tetapi mintalah hati yang tabah untuk menghadapinya.

Fitrahnya kehidupan, ada ujiannya. Mintalah hati yang tenang, tidak mengalah.
Laluilah kehidupan dengan hati yang lembut.
Fokuslah kepada tanggungjawab, bukan hanya menuntut.
Dampingilah orang yang positif.
Jadikanlah sekarang masa paling gembira.
Carilah jalan untuk mengatasi stres.
Jangan terlalu serius.

Binalah kehidupan yang sederhana.
Jangan campuri masalah hidup orang lain.
Elakkan fitnah sana sini dan mencari keburukan orang lain.
Bergayalah sesuai dengan kemampuan kita.
Nikmatilah hidup yang bersyukur.
Jangan dengar kata buruk orang lain.
Carilah kebaikan.. demi kebaikan.
 
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 288 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 288 2019
15 Okt. 2019M
16 Safar 1441H

Selasa

Ilmuan pernah beritahu bahawa malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang di dunia ini. 

Satu ketika nanti, sifat malu makin berkurangan dalam diri manusia.
Keburukan dan kemaksiatan bebas berlaku secara terang-terangan.
Manusia tidak lagi malu untuk melakukan dosa, sebaliknya malu untuk melakukan kebaikan.
Manusia tidak lagi beramanah, namun hanya memikirkan diri sendiri.
Mereka hanya memikirkan untuk diri sendiri dan tiada lagi untuk organisasi atau orang di sekitarnya. 

Oleh itu, mohonlah kepada Allah SWT untuk kekalkan kedua-duanya.


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 14 Oktober 2019

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2019

Reaksi :  

Carta Organisasi JPN Johor 2019

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI 287 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 287 2019
14 Okt. 2019M
15 Safar 1441H

Isnin


Jika kita merasakan bahawa ujian sebesar kapal, ingatlah rahmat Allah SWT itu seluas lautan.
Setiap orang ada sejarahnya yang tersendiri. Ada yang baik, dan ada yang buruk.
Carilah rahmat Allah dengan perubahan yang baik.
Allah padam semua yang buruk dan kekalkan atau datangkan yang baik-baik.
Itulah kasih sayang dan rahmatNya.

Jahat kepada baik itu hijrah.
Baik kepada jahat itu musibah.

Musibah yang menyedarkan kita.
Kembali taat adalah nikmat.

Nikmat melalaikan,
Kembali berdosa adalah musibah.

Penghijrahan tidak perlu menjadi lebih baik daripada orang lain.
Cukuplah menjadi lebih baik daripada diri kita yang semalam.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Ahad, 13 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 286 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 286 2019
13 Okt. 2019M
14 Safar 1441H

Ahad


Komunikasi Tersasar
Kerbau-Anjing-Kucing-Kambing-Ayam-Monyet-BOS

1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari..."

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: "Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: "Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"

4. Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."

5. Ayam bercerita kepada Monyet: "Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

Seekor KERBAU YANG BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata...


Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Kredit untuk sahabat.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Sabtu, 12 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-294 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-294 2018
20 Okt. 2018M
10 Safar 1440H

Sabtu

Hebat macam manapun kita, ketika Allah SWT mencabut ketenangan daripada hati kita, maka sekelip mata sahaja dunia akan terasa sempit.

Kita akan  mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir.
Yang hebat tidak lagi kelihatan hebat.
Bumi yang sangat luas , terasa sempit.
Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu kegelisahan.

Benarlah kata guru kita... bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan hati.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-293 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-293 2018
19 Okt. 2018M
9 Safar 1440H

Jumaat

Dulu pelihara ayam 3,000 ekor, jemput Ketua Kampong untuk perasmian.
Dia tidak datang.
Tanam sayur 2,000 batas, jemput DO untuk perasmian, pun tidak datang.
Akhirnya, tanam ganja 5 pokok. Ketua Kampong, DO, Ketua Polis datang, .... orang surat khabar datang, dan orang TV pun datang.

Untuk menarik perhatian orang lain, kadang-kadang kita perlu mencipta kesilapan.
Kadang-kadang kesilapan lebih menarik daripada kebaikan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-292 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-292 2018
18 Okt. 2018M
8 Safar 1440H

Khamis

“Sekiranya kita tak bersetuju dengan sesuatu usaha atau gerak kerja organisasi yang kita sertai, baik duduk diam sahaja. Tak perlulah kita pula menjadi VIRUS dan mempengaruhi rakan sekerja yang lain. Ia tak memberi kebaikan untuk diri dan orang lain juga.” 
(Pesanan Guru Lama)

Dalam sesebuah organisasi, tidak semua suka atau setuju dengan apa-apa tindakan ketua mereka. Mungkin tujuan ketua itu baik, namun ia dirasakan kurang sesuai dengan iklim setempat. Lantas, ada sebahagian yang kurang bersetuju dan mula mempengaruhi rakan sekerja lain agar ikut serta mereka juga.

Antara perkara yang membuatkan sebilangan anggota organisasi kurang bersetuju adalah :

1.     Tugasan tersebut memenatkan.
2.     Tugasan tersebut sukar untuk dicapai.
3.     Sikap seseorang yang sentiasa tak bersetuju dengan ketua mereka.
4.     Malas.
5.     Banyak tugasan lain perlu dilaksanakan.
6.     Berada dalam organisasi zon selesa sebelum ini.
7.     Perlukan kos kewangan.
8.     Kurang jelas dengan matlamat hasrat ketua.

Sekiranya terdapat virus tersebut ada dalam sesebuah organisasi, bertindaklah dengan segera bagi memastikan virus tersebut tidak merebak sehingga menjadi barah yang sukar diubati.
Antara usaha untuk menangani isu ini, soalan-soalan berikut boleh ditanyakan kepada mereka dan anda dengar apa jawapan daripada mulut mereka sendiri.
  • Apa yang kamu mahu sebenarnya?
  • Sekiranya kamu berada di kerusi ketua kita, apa tindakan kamu akan laksanakan demi organisasi.
  • Kenapa idea ketua kita ini perlu dibantah?
  • Bagaimana cara kita mahu bertindak dengan lebih baik untuk organisasi?
  • Adakah ada cara kita bantu perkemaskan idea ketua kita itu?
Oleh itu, selagi kita masih berminat dengan kerjaya dan belum menjadi seorang ketua, kita perlu ikut apa jua arahan ketua selagi tak bercanggah dengan agama dan peraturan. Tunggu pada saat kita menjadi ketua nanti, dan rencanakanlah organisasi dengan acuan kita pula.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-291 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-291 2018
17 Okt. 2018M
7 Safar 1440H

Rabu

Jika kita merasa penat saat melangkah untuk hijrah, ingatlah, ia hanya sementara. Nikmat dan ganjarannya jauh lebih indah.

Untuk berhijrah, niatlah kerana Allah. 
Letakkanlah sasaran yang boleh dicapai. 
Carilah suasana dan rakan yang boleh menyokong usaha kita.
Bersabarlah dengan cemuhan.
Berdoalah kepada Allah.
Berusahalah untuk istiqamah.

Semua orang mampu berhijrah untuk menjadi lebih baik dan lebih baik. Walau siapapun kita di masa lalu, bukan bererti kita tak berhak untuk jadi lebih baik. 

Janganlah selamanya kita berada di lembah hina dan maksiat. 
Mulakanlah langkah hijrah kita dengan lafaz Bismillah!

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-290 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-290 2018
16 Okt. 2018M
6 Safar 1440H

Selasa

"Jika engkau dapati hatimu itu di dalam kegelapan, tubuhmu lemah dan sempitnya rezekimu, itu adalah kerana lidahmu. Ketahuilah, engkau telah banyak berbicara sesuatu yang tidak berguna"

-Imam Malik Ibn Dinar Radhiyallahu An'hu-


#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

Jelajah Pendidikan KPM 2019 - JOHOR

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI 285 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 285 2019
12 Okt. 2019M
13 Safar 1441H

Sabtu



Kunci Hati Tenang

1) Tidak Membenci : Jangan pernah membenci seseorang, walaupun dia telah berbuat kesalahan kepadamu.

2) Tidak Mengeluh : Jangan berkeluh kesah dan bersedih hati, sebaiknya perbanyakkan berdoa kepada Tuhan.

3) Hidup Sederhana : Hiduplah sederhana dan sewajarnya, walaupun punya kedudukan tinggi dan harta melimpah.

4) Berprasangka Baik : Senantiasa berfikir positif meskipun silih berganti menghadapi masalah dan musibah.

5) Selalu Senyum : Senyumlah walaupun hati terluka.

6) Selalu Memberi : Membiasakan tangan di atas meskipun kondisi palang atau dalam kesempitan.

7) Berdoalah Tanpa Pengetahuan Mereka : Senantiasa mendoakan kebaikan kepada saudaranya tanpa pengetahuannya.

8) Tidak Dengki dan Iri Hati : Jangan iri dan dengki dengan kejayaan teman anda, berdoalah semoga anda juga berjaya sepertinya.

9) Mudah Memaafkan : Jangan merasa lelah dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain, kerana terdapat keluhuran budi dan ketenangan di dalamnya.

10) Hindari Permusuhan : Jangan menganggap orang yang berbeza pendapat sebagai lawan tetapi anggaplah dia sebagai kawan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 11 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-289 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-289 2018
15 Okt. 2018M
5 Safar 1440H

Isnin

Apabila semua perkara yang kita lakukan diakhiri dengan kejayaan, 
itu bukan bermakna kita hebat, pandai dan semua yang kita lakukan adalah betul...
Sebaliknya ia menandakan Allah SWT telah memudahkan urusan kita.
Tidak ada perkara yang kita lakukan dalam dunia ini akan berjaya kecuali dengan izin-Nya.
Bersyukurlah... Al-Hamdulillah

Anda tidak perlu tunggu tua untuk bertaubat, tidak perlu menunggu sakit untuk mengisafi, tidak perlu menanti jatuh miskin untuk mengenali erti syukur. 

Cukuplah dengan menghargai peluang yang ada. Allah telah anugerahkan kita banyak peluang. Rebutlah peluang itu. 
Ada masa kita kaya, kita sihat, kita muda, kita lapang dan paling penting kita masih hidup. 
Rebutlah sebelum dibaluti kapan. Di saat itu, rayuan kita hanya sia-sia kerana kita telah diberi peluang sebelumnya..
Bertaubatlah.. budayakan hari ini lebih baik daripada semalam.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-288 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-288 2018
14 Okt. 2018M
4 Safar 1440H

Ahad

Satu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka. 


Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.


Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.


Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 284 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 284 2019
11 Okt. 2019M
12 Safar 1441H

Jumaat

Jangan tertipu dengan usia muda kerana syarat mati bukannya tua.
Jangan terpedaya dengan tubuh yang sihat kerana syarat Mati, tidak semestinya sakit.

Jangan terperdaya dengan harta kekayaaan kerana sebab si kayapun tidak pernah menyiapkan kain kafan untuk dirinya sendiri.


Teruskan berbuat baik, berniat untuk baik, berkata yang baik-baik, memberi nasihat yang baik meskipun tidak ramai orang yang mengenali kita dan tidak suka dengan bicara atau tulisan atau karektor kita.


Jadilah bagai jantung yang tidak terlihat, tapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menyebar manfaat menyahut seruan tabligh sehinggalah sampai saat terhentinya dan kembali kepada Yang Maha Pencipta.

          
Paling kita kesali ialah jika pagi hingga matahari terbenam, sikap dan amal kita tidak bertambah sedikitpun, padahal kita tahu umur kita makin berkurang.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif