Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 19 November 2009

UPSR 2009 ... MERSING MELAKAR SEJARAH

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, laungan MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN telah menjadi realiti.

Hari ini... Mersing telah melakar sejarahnya yang tersendiri, dengan acuan dan keringat rakan-rakan guru, pegawai-pegawai di PPD, sokongan PIBG, JKD, MGK, MGC, usaha yang berterusan ANAK-ANAK PERMATA MERSING dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah membuahkan hasil serta memberi impak yang positif dalam keputusan UPSR 2009 yang baru diumumkan tadi.



Mersing telah mempamerkan LONJAKAN TERTINGGI PERATUS MENGUASAI BERBANDING TAHUN 2008. ( 62.32% - 69.41%) Peningkatan sebanyak 7.09 %.

Peningkatan Gred Purata Sekolah daripada 2.32 (2008) kepada 2.24 (2009) .
Peningkatan Peratus Cemerlang daripada 5.71 (91 orang) kepada 8.80 % (139 orang)

Sekaligus telah meletakkan Mersing di TEMPAT KE 1 (Ranking % Lulus) dan TEMPAT KE 7 (Ranking GPS) berbanding daerah-daerah Negeri Johor
Analisis Keseluruhan_Semua_Aliran Sekolah Mengikut Daerah.

ANUGERAH UPSR 2009

1. ANUGERAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH CEMERLANG KATEGORI ANJAKAN SAUJANA (% LULUS, % CEMERLANG & GPS) - sijil.pdf

2. ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN PPD PALING MENCAPAI ETR UPSR 2009
- sijil.pdf

3. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KATEGORI CALON ORANG ASLI - SAIFUL ISKANDAR BIN KAMU : SK LABONG, MERSING (5A).


Kami warga PPD Mersing dengan penuh rasa tawaddu' merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga pendidikan Mersing yang sentiasa memberi sumbangan idea, tenaga dan usaha bagi menngkatkan prestasi akademik daerah Mersing.

Semangat kerjasama dan roh MERSING HEBAT memecah belenggu ...
Sesungguhnya TIADA HAD LAJU DALAM PERJALANAN MENUJU KEUNGGULAN.
Teruskan usaha..
SALAM MERSING HEBAT UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIKAN MERSING

0 komen ::

Catat Ulasan