* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Isnin, 28 Disember 2009

Johor tambah asrama anak yatim tsunami di Aceh

Reaksi :  

BANDA ACEH: Hampir lima tahun selepas bencana tsunami melanda Aceh, Asrama Anak Yatim Johor (AAYJ) di Desa Ajun Jeumpet di sini, masih berdiri teguh menjadi saksi antara sumbangan kerajaan Johor yang berterusan buat anak mangsa bencana alam dari negara jiran itu.

Asrama dibuka pada Oktober 2005 khusus bagi anak yang kehilangan ibu bapa akibat bencana di Aceh itu dibina kerajaan Johor di atas tanah wakaf berkeluasan 1,183 meter persegi.

Ia menempatkan 34 orang anak yatim lelaki di sekitar Aceh dan tidak lama lagi sebuah bangunan baru akan didirikan di sini khusus bagi menempatkan anak yatim perempuan pula.

Penyelaras AAYJ, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata asrama sedia ada kini hanya boleh memuatkan kira-kira 50 orang anak yatim lelaki saja dan bangunan baru asrama perempuan itu dijangka dibina di atas sebidang tanah berhampiran yang dibeli kerajaan Johor seluas 1,000 meter persegi.

"Sebuah bangunan baru akan dibina di sini bagi menempatkan asrama anak yatim perempuan, selepas kami mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri tidak lama lagi," katanya selepas majlis tahlil dan zikir bagi memperingati lima tahun tragedi tsunami di sini.

"Jika dilihat kepada anak yatim yang diterima masuk ke sini ketika berusia antara lapan hingga 10 tahun selepas bencana itu berlaku, kini mereka semua sudah menjangkau usia belasan tahun, malah turut cemerlang dalam pendidikan dan agama," katanya yang dalam rangka lawatan sehari ke sini bagi meninjau perkembangan anak yatim di asrama itu.

Mohd Puad berkata, anak yatim di sini dijaga dan dididik pengasuh tempatan terlatih yang mendapat pendedahan dan latihan mengenai penjagaan anak yatim di beberapa AAYJ di Johor.

Katanya, asrama di sini adalah asrama yang ke-10 milik kerajaan Johor sehingga ini.

Beliau berkata, pihak AAYJ turut membawa kaunselor dan guru dari Malaysia untuk memberi pendedahan dan kaunseling kepada anak yatim di sini, malah ada di antara mereka juga dibawa ke Malaysia bagi melihat sendiri sistem pendidikan dan penjagaan anak yatim di Johor.

"Selain itu, asrama ini juga turut menerima kunjungan daripada pelajar universiti tempatan sekitar Aceh untuk memberi motivasi kepada anak-anak ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran.

Katanya, dengan adanya asrama ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia, khususnya negeri Johor.

Selain itu, Mohd Puad berkata, kerajaan Johor turut menghulurkan bantuan bernilai RM300,000 bagi membina sebuah masjid yang dinamakan sebagai Masjid Johor berdekatan asrama itu serta membaik pulih sebuah masjid di kawasan berkenaan. – Bernama

0 komen ::

Catat Ulasan