* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Ahad, 27 Disember 2009

PMR 2009 : Pencapaian Satu Daerah Seperti Kita

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Kali ini penulis ingin paparkan pencapaian PMR 2009 sebuah daerah yang lebih kurang sama persekitaran dan latar belakang muridnya dengan daerah Mersing untuk perkongsian tanpa prejudis dan niat negatif.

Penulis mengharapkan agar paparan ini dapat membuka minda dan memberi satu peransang untuk kita mengatur langkah dan strategik yang lebih baik pada tahun 2010.


Sumber : Utusan Malaysia.

PMR: SM Imtiaz sekolah terbaik di Terengganu


Sekolah Menengah Imtiaz Besut di sini muncul antara sekolah terbaik di Terengganu apabila 34 daripada 53 pelajarnya memperoleh 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan semalam.

Selain itu, 12 pelajarnya juga memperoleh 8A diikuti lima orang mendapat 7A dan masing-masing seorang yang memperoleh 6A dan 5A.

Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Baharudin Ibrahim berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud turut cemerlang dengan 100 daripada 209 pelajarnya mendapat 8A.

Katanya, seramai 45 pelajar sekolah itu turut memperoleh 7A, 20 orang (6A), 18 orang (5A) manakala 26 daripada 181 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq pula memperoleh 9A.

''Seramai 39 pelajar sekolah itu memperoleh 8A diikuti 30 orang (7A), 25 (6A) dan 18 (5A), manakala SMKA Wataniah mencatatkan sekolah ketiga terbaik di daerah Besut apabila 19 pelajarnya memperoleh 9A," katanya.

Seramai 30 pelajar SMKA Wataniah juga memperoleh 8A, selain 37 orang mendapat 7A diikuti 30 (6A) dan 34 orang pula memperoleh (5A) dalam peperiksaan tersebut.

Seramai 3554 calon dari 19 buah sekolah menengah di daerah ini menduduki PMR tahun ini dengan keseluruhan 95 orang mendapat 9A, 138 orang (8A) yang mencatatkan 232 orang memperoleh semua A dengan 6.56 peratus.

Sementara itu, seramai 51 daripada 156 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut memperoleh 8A dan 91 daripada 169 pelajar MRSM Kota Putera memperoleh 8A.

0 komen ::

Catat Komen