* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 22 Disember 2009

Sains Sukan

Reaksi :  

PENGGUNAAN elemen multimedia seperti, grafik, teks, audio, animal dan video antara ciri PBK yang mampu meningkatkan pemahaman pelajar.

PENSYARAH Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Hafizah Harun, mengemukakan pandangan mengenai keperluan pelaksanaan konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi subjek Pendidikan Jasmani seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Rosniza Mohd Taha.

HANYA kerana tidak dinilai dalam peperiksaan awam, subjek Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan antara pelajaran kurang diminati dan diikuti secara sambil lewa pelajar sekolah.

Hakikat ini dialami sendiri mahasiswa UTM yang menjalani latihan praktikal di sekolah apabila ada pelajar dengan sengaja memberikan pilihan jawapan sama bagi semua soalan objektif diberikan dan melakukan ujian kecergasan secara sambil lewa.


Amat mendukacitakan apabila pencapaian umum pelajar dalam subjek itu pada tahap C dan D bagi ujian bertulis mahupun fizikal, dan gred yang mencacatkan buku rekod pencapaian pelajar itu tidak menimbulkan kegusaran, termasuk ibu bapa mereka.

Seharusnya pencapaian pelajar dalam subjek ini perlu turut diberi penekanan kerana ia mencerminkan persepsi dan kepekaan mereka terhadap kepentingan pembangunan fizikal, bukan sekadar perkembangan minda.

Topik didedahkan kepada pelajar menerusi subjek ini sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan harian pelajar dan perlu diamalkan, bukan sekadar untuk kepentingan peperiksaan saja.


Antaranya, kandungan silibus buku teks pendidikan jasmani merangkumi topik bagaimana menghadapi tekanan dan bersosial dengan masyarakat serta mengatur pemakanan bagi mengelak penyakit kronik.

Namun, tidak dinafikan P&P menggunakan teknik tradisional ‘chalk & talk’ serta penerangan berdasarkan kandungan buku teks saja antara faktor membuatkan pelajar kurang berminat mendalami subjek ini.

Komunikasi sehala menerusi pendekatan P&P ini boleh menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan seterusnya sukar memahami isi kandungan pembelajaran.

Konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) seperti perisian multimedia menerusi web dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Kehadiran laman web yang berkaitan dengan subjek sains sukan ini turut membantu meringankan beban serta kekangan yang wujud di dalam sistem pembelajaran secara tradisi.

Ini kerana isi kandungan pengajaran boleh dibentuk dengan lebih menarik, ringkas dan padat mengikut kreativiti pengajar untuk dipersembahkan menggunakan kemudahan komputer.

Kombinasi pelbagai media termasuk grafik, animasi, teks, suara dan video dalam perisian ini, menjadikan persembahan sesuatu maklumat itu lebih efektif kepada pelajar.

Walaupun pelbagai laman web berkaitan sains sukan wujud ketika ini, kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, dan maklumatnya tidak memenuhi sukatan pelajaran sains sukan serta pendidikan jasmani dan kesihatan.

Antara inisiatif UTM bagi merevolusi P&P subjek sains sukan adalah menerusi pembangunan perisian multimedia menerusi web bagi Tingkatan Lima bertajuk Sistem Kardiovaskular dalam bahasa Melayu merangkumi topik peredaran darah, jantung, tekanan darah, hipertrofi serta atrofi sejajar sukatan pelajaran Sains Sukan KBSM 2003.

Perisian yang dibangunkan menggunakan Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia Fireworks ini menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu melalui teori kognitivisme dan konstruktivisme menerusi penggunaan elemen multimedia seperti, grafik, teks, audio, animasi dan video.

Selain memberi kesan tarikan kepada pelajar, video dan animasi yang disediakan di dalam perisian ini, dapat memberi penerangan visual kepada pelajar terhadap maklumat disampaikan, sekali gus meningkatkan daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap maklumat disampaikan.

Pengujian dilakukan terhadap 40 pelajar tingkatan 5 sekitar Johor Bahru mendapati hasil prototaip perisian adalah interaktif dan berjaya digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah sebagai PBK kerana ia memenuhi sukatan pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan serta penggunaan teknologi yang digunakan adalah mengikut tahap keupayaan pelajar.

Sumber : Berita Harian

0 komen ::

Catat Ulasan