* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Rabu, 23 Disember 2009

The STAR bertarikh 11 Disember 2009 – PARENTS WANT 90 PUPILS IN SXI

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada Laporan Akhbar The STAR bertarikh 11 Disember 2009 – PARENTS WANT 90 PUPILS IN SXI.
KPM ingin memaklumkan bahawa perkara ini adalah berkaitan dengan Ibu bapa murid SK St. Xavier yang tidak bersetuju dengan penempatan murid ke Tingkatan 1 (2010) ke sekolah lain sebaliknya hanya mahu ke SMK St. Xavier. (Bukan sekolah kawalan) Bil murid yang ditawarkan ke sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:-
1. SMK Peenang Free (Sekolah Kawalan) - 9 orang
2. SMK Hutching - 2 orang
3. SMk Datok Haji Mohamad Nor Ahmad - 1 orang
4. SMK Haji Zainol Abidin - 3 orang
5. SMK Georgetown - 2 orang
6. SMK Air Itam - 6 orang
7. SMK Jelutong - 1 orang
8. SMK Bukit Gambir - 1 orang
JUMLAH - 25 orang
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menempatkan murid-murid ke sekolah yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada:-
1. Sekolah yang ditawarkan adalah berhampiran dengan alamat tempat tinggal murid. Didapati SMK St. Xavier terlalu jauh dari alamat tinggal murid tersebut.
2. Sekolah yang ditawarkan adalah sekolah yang terpilih dan mempunyai prestasi tinggi. (Sekolah Kawalan)
3. Semasa di sekolah rendah, setiap murid diberi peluang membuat pilihan 2 buah sekolah menengah. Kemungkinan ada di antara murid tidak berjaya bagi pemilihan sekolah yang pertama sebaliknya diberi pilihan sekolah yanng ke-2.
4. Murid-murid tersebut layak diberi tawaran ke SMK Penang Free (sekolah kawalan), jika mereka tidak bersetuju dengan tawaran tersebut, waris boleh menolak tawaran yang diberikan.
Semua ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan penempatan boleh membuat rayuan dengan mengisis Borang RT 1. Semua rayuan diterima dan keputusan rayuan akan dimaklumkan dengan mengambilkira alasan yang diberikan oleh waris dan juga pilihan sekolah yang telah dibuat semasa di sekolah rendah.
Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan:-

1. Mengedarkan Borang RT 1 (Borang Rayuan Penempatan Pelajar) kepada ibu-bapa yang terlibat.
2. Menerima Borang RT 1 yang lengkap daripada ibu-bapa yang membuat rayuan dan pertimbangan akan diberi dengan mengkaji Borang Permohonan Waris untuk pemilihan ke sekolah menengah.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
22 DISEMBER 2009

0 komen ::

Catat Komen